26 February 2017

Letakkan Betul-betul

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

LETAKKAN BETUL-BETUL || Susun atur itu penting..dalam rumah,luar rumah..walaupun bukan mahir dalam bab susun atur atau bab-bab hiasan dalaman mahu pun luaran..sedikit sebanyak asasnya pasti kita tahu.Tapi zaman sekarang serba canggih,banyak  sumber boleh kita jadikan rujukkan..yang tak profesional pun nampak macam profesional gitu..yang penting minat,semangat dan ringan poket.Tapi dah kalau kreatif tu..barang terbuang pun jadi nampak mahal.

Dalam itu di dalam.Luar itu biar di luar.Jangan keliru dan jangan buat orang lain berasa keliru juga.Kalau kita waras mental dan emosi pastinya kita tahu untuk meletakkan apa yang sewajarnya pada tempatnya dan sebaliknya..Kalau sihat akalnya..tapi kelihatan tidak wajar apa yang dilakukan..mungkin bukan tidak siuman tetapi sedikit lagha dalam bertindak dalam bertingkah laku.Jagalah elok-elok,apa yang mesti disembunyikan..sorokkan betul-betul.Apa yang patut diselindungi..tutup rapat-rapat..

Jujurlah.Bukan mudah nak berlaku jujur.Jujur itu menyakitkan pada yang tidak rela mendengar kebenaran.Apabila diminta memberi pendapat..adakala di mulut A sedangkan dihatinya B..Bagaimana?..Berbohongkah begitu..ya..kerana tidak selari jawapannya..niat tidak menghalalkan cara bukan...justeru diam bila ditanya jikalau rasa-rasa cenderung untuk berdusta..carilah alasan yang wajar..Bagaimana untuk mengatasi situasi begini..ibarat ditelan mati emak..diluah mati bapak..bertemu secara peribadi..memberi pendapat juga secara peribadi..kalau mahu memberi komen pun berilah secara peribadi bukan terang terangan..dan.....sekiranya memerlukan komen ataupun ulasan spontan..elakkan menyebut perkara yang mengaibkan.

Janji.Memungkiri janji tergalas satu hukum yang berat pada diri.Jangan berjanji saat berasa gembira..dan elakkan membuat keputusan ketika sedang marah..kedua-dua boleh memerangkap diri sendiri.Janji itu manis boleh bertukar pahit jika tidak kena dengan caranya.Janji itu bukan syarat untuk memberi..justeru tidak salah kalau terus memberi tanpa syarat menunaikan hanji.

Puas hati.Rasa puas hati setiap orang itu tidak sama.Lebih-lebih lagi bagi yang sangat mementingkan kesempurnaan mengikut kriteria yang diingini..tahap piawaian yang diri sendiri tetapkan*tak puas hati jangan lepaskan meroyan pada orang lain ya..harap beradab sebelum kena kungfu*..silap hari bulan..awak dicop cerewet..nak puaskan hati orang bukan senang,silap-silap selipar melayang..puaskan hati sendiri mudah tapi awas jangan sampai kena ludah.Tapi kalau sentiasa bernesyuarah..insyaAllah kesepakatan itu boleh dicapai..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

9 comments:

  1. jujur tu paling susah nak lakukan. kadang2 ada sesuatu yang kita tak perlu jujur dan simpan sendri untuk diri sendiri. contohnya aib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..betul..betul...kerana ada kejujuran membawa kemusnahan.. :)

      Delete
  2. peringatan yg sgt bagus utk dijadikan panduan kehidupan. :)

    ReplyDelete
  3. Orang dulu kalau susun atur rumah ada feng sui nya, orang melayu pun ada feng sui juga.... Janji dicapati... eh alamak... Janji di mungkiri buat orang sakit hati....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..hihihi..feng sui.tapi kita kadang susun ikut selera dan selesa.. :)

      Delete
  4. berjanji senang ja, nak tepati janji tu yg susah. kalau dah tau janji tu x dpt ditepati, jgnlah berjanji. jujur ni kengkadang membahagiakan, kdg2 menyakitkan. sebab tu hati kena sentiasa positif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat..tu yang kena fikir beribu kali sebelum berjanji..takut makan diri :)

      Delete
  5. Peringatan yg sgt baik buat renungan kita semua, in shaa Allah.. t kasih PC atas perkongsian.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..