Ambil Pengajaran Daripada Asbab

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

AMBIL PENGAJARAN DARIPADA ASBAB || Selamat berhujung minggu semua.Diam tak diam tinggal berbaki dua minggu lebih saja lagi di bulan Februari..alhamdulillah.Sangat pastilah bahawa PC sudah dewasa purba kerana berasakan begitu pantas waktu berlalu.Setiap kali berkongsi nukilan yang sebenarnya lebih kepada bebelan..jarang pulak nak lihat apa yang kawan-kawan cari diblog PC yang sentiasa beku ni.Sekali tengok itu dia..ada dua di search keywords.Tetapi punca bantal kekabu pecah menarik perhatian PC..sebelum ini PC hanya berkongsi info mengenai kapas atau kekabu DI SINI.

Boleh jadi keperluan,boleh jadi kehendak.Sebiji bantal itu keperluan..lebih daripada itu kehendak,namun bergantung juga pada situasi seseorang itu.Sekadar mana jumlah bantal itu diperlukan.Ada yang lebih memilih kepada bantal yang isinya diperbuat daripada span(sintetik)..tidak pun daripada bulu-buluan haiwan yang bersesuaian setelah melalui fasa pembersihan  dan nyah hama*sebelum beli bantal yang berasaskan buluan isinya pastikan ianya halal dan suci untuk digunakan*..Terpulang pada diri kerana masing-masing berhak untuk memilih.Dan bila pilihan dibuat hormatilah kerana walaupun ianya sekadar bantal..jangan pandang ringan trutama bagi individu yang ada alahan terhadap kekabu bukan sekadar si dewasa,tetapi kanak-kanak juga.

Ambil Pengajaran Daripada Asbab

Punca bantal kekabu pecah.

🌼Jangka masa dan tempoh.Sebelum bantal itu disarung dengan sarung bantal yang indah-indah..super cute corak pada sarungnya..kekabu terlebih dahulu di isi pada sarung khas untuk membentuk bantal.Kemudian barulah di sarungkan dengan sarung yang diingini mengikut saiz yang bersesuaian dan ikut citarasa.Tempoh masa yang lama membuatkan kain tersebut menipis ditambah dengan jahitan pada sarung tersebut mereput.*siang malam pagi petang diusung kehulu ke hilir,,air liur basi + peluh + kentut = sengsara bantal tu..haruslah mereput 😓* 

🌼Terlalu padat.Isi kekabu yang terlalu banyak dan padat menyebabkan juga bantal kekabu mudah pecah.Lebih-lebih lagi kekaku tidak betul-betul kering atau ringan semasa dijadikan bantal.Basi atau lebihan jahitan pada sarungnya juga sangat penting kerana basi atau lebihan jahitan pada sarung itu jika terlalu kecil sarung tersebut mudah tetas dan koyak.

🌼Dijadikan senjata.Bila anak-anak jadikan bantal sebagai salah satu  alat permainan atau senjata main perang-perang..maka wajarlah bantal kekabu itu pecah tanpa rela.Tidak kurang juga bila bantal kekabu itu menjadi mangsa untuk dijadikan tempat melepaskan geram dihati..ala-ala dijadikan punching bag kekdahnya..kalau penumbuk tu besar telur ayam serama gagah lagi..dah kalau besar pinggan..harap maklum sajalah ya.😌

🌼Sengaja.Dengan niat.Bila terlalu lama digunakan,kekabu akan menjadi semakin berkurangan dan berbiji-biji.Solusinya adalah pecahkan atau keluarkan kekabu dari sarungnya..sama ada tambah  atau gantikan kesemuanya dengan kekabu yang baru.Selain sememangnya taktik  untuk dapatkan bantal baru..hihihi..

Tiada yang sia-sia.Sesutu yang terjdi mungkin pada kita macam sia-sia..tidak kiralah terjadi pada kita atau pada orang lain.Tetapi hakikatnya ada pengajaran yang perlu kita ambil tahu.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

28 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Assalamualaikum PC,
    Selamat hujung minggu.. Sis suka bantal kekabu. Lembut dan gebu.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berhujung minggu kak..betul..selesa jugakan kak :)

      Padam
  2. Selamat berhujung minggu Kak PC.
    Bantal kekabu dengan bukan pun saya tak reti nak bezakan lagi macam mana. Hmm [-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berhujung minggu Ana :)
      hihihihihi..yeke..dulu pun kak PC macam tu juga...tak kenal bantal..asal boleh buat tidur ok..hihihi :)

      Padam
  3. masa kecik2 bantal kekabu jadi bantal busuk dan tak boleh berenggang dengan bantal tu hehe

    BalasPadam
  4. BANTAL YG DH LAMA MNGALAS KEPALA ELOKLAH DIGANTI BARU

    BalasPadam
  5. Bantal kalau guna ganas-ganas memang cepatlah pecah kekdahnya. tapi senang cerita kalau dah pecah tu, dia minta yang baru la hehee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yey..betul...lagi satu bantal kekabu ni ada yang berat..ha tu potensinya besar nak pecah cepat :)

      Padam
  6. bantal kekabu mmg leh pecah bila anak2 main perang2... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang seronok bila dah pecah kak..kekabu tu ringan terbang2 :)

      Padam
  7. Betul la BS..hihihihi..kak PC pun ada juga bantal busuk kekabu.. :)

    BalasPadam
  8. betul kak PI..hihihi..bagi selesa ya :)

    BalasPadam
  9. aril x minat tukar bantal lama dngan yg baru .. hahahah .. AURA dia lain macam je ..

    BalasPadam
  10. Hmmm... Tapi bila basuh berat yg ampun. Hahaha

    BalasPadam
  11. Wkmsalam.
    Sekarang dah jarang2 jumpa pokok kekabu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Pakcik WP..ada jual kekabu..tapi harganya agak mahal..kalau nak murah sikit kena beli borong..

      Padam
  12. best pakai bantal kekabu ni, lembut, gebu gebas 😄 tapi, x semestinya yg lembut & gebu gebas tu akan selalu buat tidur kita lena

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...dan tidur yang lena bukan semestinya dipengaruhi bantal sahaja..byk faktor lain :)

      Padam
  13. bantal kabu mmg best guna.. lembut mcm tu. bantal skrng main letak perca kain ja kekadang tu. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Busyra...tapi harga agak tinggi walau dalam tu perca ya..:)

      Padam
  14. Baru tahu, Mai suka tidur bantal kekabu. Dulu masa masih ada nenek tersayang, selalu dapat bantal kekabu buatan nenek dengan penuh kasih sayang. Rindu masa kecil dulu. Dah tua2 ni tidur je bantal beli kat Giant atau tesco. hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak PC kalau diberi pilihan,lebih suka bantal kekabu...tapi kalau dah tak ada...bantal apa pun tak pe..silap2 berbantalkan lengan.. ;((
      Sebab pernah berlaku..hihihihi..

      Padam
  15. Semua yang berlaku dalam hidup ini ada hikmahnya. Pandai PC cari kaitannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..tiada yang sia2 drpd Allah SWT.. tq NA :)

      Padam
Terbaru Lebih lama