24 January 2017

Ya Betul..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

YA BETUL ||Suka pasti beralasan,,tidak suka apatah lagi pasti lebih banyak alasannya..namun tidak semua perkara mampu kita nyatakan alasannya kerana sesuatu itu seolah bermulanya daripada kita hakikatnya semua atas izin dan lorongan yang MAHA BERKUASA..

Anggapan..Bila ada jejaka yang betul-betul datang dengan penuh tertib menyatakan niat murninya untuk memperisterikan seorang gadis pastinya ibu bapa gadis tersebut berkira-kira..dalam keadaan belajar sambil bekerja..ibu bapa mana yang tidak risau untuk melepaskan anak gadisnya..satu alasan yang dari dulu hingga kini sering diguna pakai adalah "rasa sayang"..ibu bapa serba canggih mana mahu digula-gulakan dengan alasan sayang tahap langit ketujuh..mereka beranggapan "sayang sahaja tidak cukup.."...betul sayang sahaja tidak cukup??!!!?...ianya tidak mengenyangkan..tetapi sayang itu mampu menjadi motivasi,boleh mendidik insan menjadi sangat bertanggungjawab untuk memberi yang terbaik kepada insan yang disayangi,rasa sayang itu juga adakala boleh mengubah orang yang kita sayang menjadi lebih baik..syaratnya sayang itu kerana DIA terlebih dulu..

Jaga masing-masing sudahlah...menjaga tepi kain orang umpamanya menambah beban bahu kiri sendiri..beban yang ada tidak tergalas mahu ditambah dengan beban yang lain...owh sungguh tidak mampu..bukan di sini tapi di sana nanti...betul..betul sangat..kalau ditanya tiada siapa pun yang sanggup menyusahkan diri sendiri...relevenkah begitu?..engkau..engkau..aku..aku.Fikir,nilai dan buatlah keputusan yang terbaik...tidak semua perkara kita perlu ambil tahu terutamanya membabitkan orang lain...tetapi itu langsung tidak bermakna kita terus lepas tangan dan berkelakuan seolah tiada apa-apa..menyebuk itu perlu pada saat yang sewajarnya..heboh itu tidak salah pada ketika yang patut.Jadilah wartawan biarpun tidak bertauliah asalkan berTauhid..insyaAllah semuanya sweet sweet belaka..

Walau pun bukan segala-galanya..ada yang sangat sensitif bila sebut bab harta..celik mata fikir nak kerja tambah harta..semua yang dicakapkan..diusahakan..pendek kata harta..harta..harta..ada yang lebih suka alah biasa-biasa sudah..tidak mahu ambil peduli sangat pun..hakikatnya harta itu perlu kerana ianya unpama jambatan untuk kita meniti ke Syurga..boleh ke macam tu..insyaAllah boleh kalau harta yang kita ada itu kita impakkan pada tempat yang sewajarnya..pembetulan ya..kalau sebut harta..tidak semestinya rumah sebesar gedung,duit di setiap bank..kalau dalam poket kita ada 20 sen pun,,ya itulah harta kita..cermin mata kita..itu pun harta kita,,gigi palsu juga..jangan dipandang mudah pada benda-benda yang kecil fizikalnya..sebab itu pernah dengar tak orang cakap"jangan diambil walau sebatang jarum pun milik anak yatim kerana sebatang jarun biarpun karat itu tetap harta mereka"..*arwah ustaz PC selalu pesan macam ni setiap kali mengajar bab faraid*

Ada masa kita perlu ya..bersetuju untuk setuju..ada ketika pula,,ya kita mesti setuju untuk membantah..jangan melulu..pastikan apa yang perlu diutama dan apa yang perlu dibiar dahulu💗Perdu Cinta💗

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 



17 comments:

  1. zaman sekarang ramai cepat sangat buat kesimpulan

    ReplyDelete
  2. ya betul pc! setiap apa yang kita ada hatta sebatang jarum pun akan dihisah oleh Ya Hasib....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak..betul..bila fikir dalam2 gerun sendiri sebenarnya..

      Delete
  3. Sudah sering diingatkan kepada umat Islam bekerja seolah akan hidup selama-lamanya dan beramal seolah-olah akan mati esoknya. Begitu juga dikatakan kalau pun kiamat sudah kelihatan depan mata teruskan niat utk menyemai benih... renungkanlah bersama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang selalu lupa..yang sering berlaku sebaliknya kak..kerja seolah hidup di dunia selamanya..beribadah macam mati takkan datang..

      Delete
  4. SEBAIKNYA PENUHI TUNTUTAN DUNIA N AKHIRAT

    ReplyDelete
  5. orang kata jangan kejar dunia. kejarlah akhirat, dunia akan mengejar kita. baru dapat dua2 akhirat dan dunia. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..tapi sekarang lain macam pulak..ngeri..

      Delete
  6. btul tu..

    tp itulah, mentaliti manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya diri sendiri boleh usaha untuk berubah.

      Delete
  7. Wkmsalam.
    Jangan hanya sibuk mengejar harta.
    Bersyukurlah dengan apa yang Allah rezekikan kepada kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.Manfaatkan harta yang di pinjamkan sebaik-baiknya.

      Delete
  8. Harta diperlukan untuk ksenangan dunia dan akhirat. InshaAllah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat..insyaAllah dengan syarat betul cara mengurusnya.

      Delete
  9. Betul raihanah..itu yang nerisaukan.

    ReplyDelete
  10. Moga menjadi peringatan yg baik buat semua, in shaa Allah...

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..