03 January 2017

Umpama Surah Baharu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

UMPAMA SURAH BAHARU..|| Semalam yang  telah kita tinggalkan mengukir 1001 kenangan..ya,walaupun baru semalam yang kita tinggalkan..suka atau duka..telah kita jadikannya memori untuk dikenang-kenang..alhamdulillah..baik teruskan..kurang baik noktahkan.


Umpama Surah Baharu
Google image 


UMPAMA SURAH BAHARU..jangan ditangis kisah semalam biarpun ianya kisah yang paling malap dan gelap.Menangislah dengan rasa kesal untuk menjadi insan baharu mulai saat ini.Hidup ini umpama bermulahnya surah baharu,setiap surah baharu itu pasti bermula daripada ayat yang pertama.🍒Perdu Cinta🍒
Menyambung atau menoktahkan.Tidak semua mampu untuk kita lunaskan dalam satu jangka masa yang singkat..walaupun ada sesingkat mungkin boleh diurus dengan sebaik-baiknya,namun pelbagai kekangan itu adakala membataskan kita untuk terus fokus dan mengorak langkah dalam merealisasikan sesuatu yang direncana..ada juga mungkin tidak boleh untuk kita memulakannya pun.Allah semolek-molek perencana.

Taubat.Selagi mana ada usaha untuk berubah kepada kebaikkan untuk lebih mendekatiNYA,,selagi itu pintu-pintu taubat senantiasa terbuka seluas-luasnya.Terpulang mana yang mahu kita pilih..terus bergelumang dengan dosa dan noda..atau mahu memulakan langkah baharu umpama seorang khalifah yang baru dilahirkan ke muka bumi ini..terserah.

Hujungnya.Biarpun jalannya berliku pada permulaannya asal hujungnya menemukan kita pada matlamat yang betul..bertabahlah kerana itu lebih baik berbanding sedari awalnya lurus namun hujungnya membinasakan itu lebih menyedihkan.

*terima kasih ukhuwah
*mencari redha Ilahi 

11 comments:

  1. apa yg berlaku itu adalah pengalaman... perjalanan hidup harus diteruskan walaupun berliku... betul tu sis, yg lepas biarlah terus berlalu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman yang sangat mahal..yang menjadi pedoman untuk diri.. :)

      Delete
  2. Betul tu kak pc.. Jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran dlm hidup.. Dan kita perlu terus berjalan ke hadapan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman itu sangat mendewasakan kan Lea...untuk kita lebih belajar erti kehidupan :)

      Delete
  3. Mencari langkah yg pertama dgn tekad yg baru
    Simpan yg semalam sebagai memori
    Buka yg baru utk memburu misi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Matlamat pada setiap apa yang direncana cuma satu..moga Allah bantu dan restu..amin.

      Delete
  4. betul sangat tu kak PC. setuju. hidup untuk hari ini kan. bukan untuk semalam, bukan untuk esok. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...esok pun kita tidak tahu bagaimana..semalam tentunya menjadi sejarah..moga kita sentiasa diredhai.Amin.

      Delete
  5. Wkmsalam.
    Yang lepas dh jadi sejarah dan pengalaman dalam hidup kita.
    Fikirkan apa yang akan kita tempuh seterusnya.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..