11 January 2017

Sokongan Terpenting

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SOKONGAN TERPENTING || Kalau melihat kehebatan seseorang itu dengan segera bawa hati kita pecut mengingatiNYA..kerana semua dengan izinNYA.Ya itu asasnya.Bagaimana pun sebagai khalifah di muka bumi ini akan sering mendambakan sokongan yang luar biasa.

Jadilah penyokong yang sentiasa berpaksikan agama serta syariat yang pertama bukan menjadi penyokong yang  meletakkan nafsu ditangga teratas..💗Perdu Cinta💗

Jaga agama.Rasanya dari kelas fardhu ain lagikan ustaz atau ustazah dah perkenalkan rukun Iman dan rukun Islam ini..dengar,faham dan pasakkan dalam hati..semakin lama,harapnya tidak semakin menipis sebaliknya semakin menebal rasa itu.Rasa sayang,cinta dan ingin perbaiki mana yang dirasa kurang sempurna.PC tidak kata PC sudah cukup baik,,cukup sempurna..TIDAK!..selalu juga terseliuh,selalu juga terpeleot..selalu juga melatah*bukan opocot..opocot tu ya*..mengaku ni..selalu juga lagha..

Dua kalimah syahadah itu janji kita.Letakkan Allah itu yang pertama.Solat itu sokongan yang sangat penting pada setiap amalan lain yang kita lakukan..💗Perdu Cinta💗

Keluarga dan insan sekeliling paling hampir.. ibu ayah adalah penyokong kepada anak-anak dan anak-anak juga menjadi penyokong kepada ibu ayah sendiri..kerjasama..suami isteri...kejayaan lelaki sering dikaitkan dengan wanita disisinya..sebelum berkahwin ya ibunya..sesudah berkahwin isteri yang sentiasa disisi sila beri sokongan..jangan lupa lelaki juga boleh rebah dan lemah kerana wanita..dann begitu juga sebaliknya..wahai wanita jaga dirimu sebaik-baiknya kerana adakala kebaikkanmu itu memberi ruang untuk dirimu dipersenda..

Ikat dengan doa..sebut doa memang mudah..nak khusyuk dan istiqhomah berdoa dan mendoakan itu bukan mudah..dan berdoa itu bukan hanya sekadar di dalam dan ketika mendirikan solat sahaja..namun itu bukan bermaksud tidak perlu bersolat dan hanya berdoa semata-mata ya..biar seiring kedua-duanya.Bijaklah menyesuaikan mengikut situasi.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

8 comments:

  1. Wkmsalam.
    Perkongsian yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  2. Insha Allah, Kak PC..Semoga kita sentiasa berada dalam golongan yang selalu beristiqhomah dan hindari dari semua perbuatan lagha, Insha Allah... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...amin..amin...sentiasa berharap begitu...dan berusaha mengurangkan sedikit demi sedikit pada perkara yang sia-sia :)

      Delete
  3. Insyaallah kak pc.. Moga kita terus istiqamah dan diberi kekuatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Lea...akak harap pun boleh perbaiki diri.. :)

      Delete
  4. insyaAllah PC dan terima kasih atas coretan

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..