28 January 2017

Manfaatkan Nikmat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MANFAATKAN NIKMAT..

Toleh kanan toleh kiri
Nampaknya kotak sana sini
Sambutan Tahun Baru Cina hari ini
Cuti yang ada bolehlah diisi

Manfaatkan Nikmat
Google Image

Limau mandarin rasanya manis
Disusun rapi si dara bugis
Setiap perayaan ada magis
Semailah sebanyaknya kenangan manis

Congsam merah bersulam emas
Tetamu pulang segera dikemas
Ziarah menziarahi tak usah malas
Mungkn boleh kongsi idea bernas

Mercun dibakar panjang sedepa
Bukan menunjuk sekadar suka-suka
Sebelum ini tidak kanal tidaklah mengapa
Sekarang bolehlah bertegur sapa

Walau bukan perayaan kita
Namun cutinya dinikmati bersama
Pulang ke kampung agenda utama
Matlamatnya sama bertemu keluarga

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi


6 comments:

  1. SELAMAT MENIKMATI MANDARIN KHFC..CNY

    ReplyDelete
  2. setuju... pulang ke kampung halaman bertemu kedua ibubapa sekiranya masih ada. sanak saudara jangan dilupa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambil peluang yang Allah beri sebaiknya.

      Delete
  3. x kira rya ap slipun mesti cuti..hihi..terbaikk

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah meriah limau kak PI.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..