05 January 2017

Jangan Pilih Yang Sia-sia

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

JANGAN PILIH YANG SIA-SIA..

Wahai tuan hendak ke mana
Berbaju Melayu bersamping biru
Ilmu yang ada jangan disalah guna
Ilmu agama pastikan berguru

Pandangan indah saujana memandang
Tiada nikmat boleh didusta
Hormatilah tetamu datang bertandang
Adanya keberkatan daripada mereka

Jangan Pilih Yang Sia-sia
Sumber : Google Image

Butang baju bertatah berlian
Diimport dari negara seberang
Bila bercakap jangan sembarangan
Kesannya menyakitkan hati orang

Budak kecil main berudu
Disangka selasih walhal anak katak
Cukup senyum sekadar perlu
Jangan ketawa terbahak-bahak



6 comments:

  1. Datang bagi senyuman buat Kak PC. InshaAllah tak gelak terbahak2. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak PC dah senyum semula...terima kasih Ana :)

      Delete
  2. one thing yg aida nak share.
    abah aida memang pantang kalau kami ckp byk & ketawa byk.
    dari kecik, kami memang takot nak buat semua tu tau.
    now, aida jadik org yg x pandai nak buat conversation.
    unless dgn org yg sgt rapat.
    elok la jugak tu didikan abah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..kalau orang tua-tua cakap,,banyak ketawa nanti banyak nangis..cikgu PC pesan jangan banyak ketawa nanti ilmu mudah hilang dan hati jadi keras..sebab yang suka ketawa kuat ni biasanya syaitan dan iblis..

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..