12 January 2017

D O N A T

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

D O N A T

D O N A T

💗 D-Doa,Derma,Diam
Doalah apa sahaja asal yang baik-baik untuk kita,,sambil berdoa kita juga boleh dermakan doa yang baik-baik untuk orang lain,,inshaAllah berganda kebaikkan yang kembali kepada kita lebih-lebih lagi kalau mendoakan dalam diam..

💗 O-Olah
Akal yang Allah beri manfaatkan..olah apa yang sewajarnya tapi jangan mengubah apa yang telah Allah ciptakan tanpa sebab yang hukum sendiri membenarkan..Islam tidak sewenang-wenangnya menghukum tapi Islam ada nas-nas yang perlu kita patuhi.

💗 N-Niat
Niat tidak pernah menghalalkan cara pada perkara yang bertentangan..tapi cara itu sendiri akan mengikut niat apa yang terdetik..baik lintasannya..baik tingkahnya..inshaAllah.

💗 A-Anugerah,Allah
Sebelum kita bersyukur dengan apa sahaja anugerah yang diiktiraf oleh manusia,,terlebih dahulu bersyukurlah dengan setiap anugerah yang Allah beri pinjam.

💗 T-Terima,Tawakkal
Kita tak suka tapi Allah suka,tak apa buat walau terpaksa nanti lama-lama jatuh cinta.Hati itu biarpun keras andai hari-hari dilentur membentuk juga ia..soal diterima atau tidak apa yang dilakukan tawakkalkan saja..itu kerja DIA untuk menilai.


*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

10 comments:

  1. Dalam pada sedap menikmati donut (eh! utk in spelling kena DONAT) gebu cuba hayati disebalik huraiannya. Cantik utk direnungkan bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) hihihihi..sambil makan donut sambil ingat DONAT..PC suka donut kak..kalau dulu zaman kecik2 jilat dulu gulanya..baru makan donutnya..hahaha..sekarang makan donut dengn sambal pun nikmat..terima kasih kak..

      Delete
  2. MAKAN DONAT SAMBIL TIDAK LUPA BERDOA

    ReplyDelete
  3. berkongsian yang sangat bermanfaat..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..terima kasih cik itah :)

    ReplyDelete
  5. Menarik perkongsian ni.. t kasih PC :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Bro KK.. :)
      Akibat suka donat..

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..