21 January 2017

Bila Panahan Tersasar

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Bila Panahan Tersasar
Google Image

BILA PANAHAN TERSASAR || Matlamat perlu jelas barulah usaha menjadi selaras..biarpun lewat jangan pernah rasa ralat..kalau surat kita mungkin boleh tersalah alamat tapi takdir Allah tidak pernah silap dan lewat..

Seorang pemanah baik profesional mahupun amatur..papan sasar itu menjadi tumpuannya..kehebatannya dinilai melalui lingkaran mana dan warna apa anak panah itu tuju..siapa yang membawa anak panah itu ke sasarannya..TAKDIR ALLAH..begitu juga dalam kehidupan kita sehari-hari..💗Perdu Cinta💗

Pergi pagi pulangnya senja..tidak tahu apa yang bakal terjadi diantara pagi untuk sampai ke senja itu..boleh tercipta pelbagai cerita dan perkara biarpun awalnya langkah pertama itu kerana Allah untuk melakukan apa yang dihajati..bersedia untuk tempuhi apa sahaja kerana mungkin hari ini tidak mampu untuk melunas moga esok masih ada lagi peluang untuk impian baru bertunas.

Semakin tinggi semakin sakitnya berganda.. biasakan dengan pepatah "ukur baju dibadan sendiri"..bukan tiak boleh pinjam baju orang kerana adakala situasi terdesak itu melanda tanpa terduga tetapi perlu juga dilihat baju siapa yang hendak kita suaikan dengan badan..jadilah insan yang biasa-biasa luarannya asal luar biasa dalamannya..hebat itu bila mampu menundukkan nafsu agar tidak membinasakan jasad..boleh besederhana walhal mampu untuk berlebi-lebihan..

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

12 comments:

  1. MENENTUKAN SASARAN YG TEPAT PERLU SGT TELITI

    ReplyDelete
  2. Wkmsalam.
    Kalau panahan tersasar, kena buat post-mortem
    Adalah kelemahan sana sini yang perlu diperbetulkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..ambil masa..muhasah diri kan Pakcik WP.

      Delete
  3. Kena tahu sasaran yang tepat, maksudnya matlamat hidup kena jelas :)

    ReplyDelete
  4. ya betul tu. matlamat yang sangat jelas barulah datangnya usaha yang lebih gigih

    ReplyDelete
  5. terima kasih PC... anak panah tu jelas ke sasaran tp adakala diri yang lemah ni ada yg tersasar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..itu yang terkadang rebah..tapi kena bangkit cepat-cepat..insyaAllah boleh.. :)

      Delete
  6. betul tu, yg paling utama matlamat. barulah smuanya berjalan dgn baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..setuju...insyaAllah..matlamat umpama vitamin.. :)

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..