بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum 💖
TIDAK SESINGKAT ITU || Setiap kita inginkan waktu peribadi.Tujuh hari seminggu,24 sehari semalam yang Allah SWT pinjamkan,terserahlah berapa bahagian yang mahu diambil dan digunakan sebagai "golden time"..terpulang pada masing-masing punya keperluan dan kehendak.Biarpun begitu,jangan sampai membuat orang lain tidak berasa selesa dalam pada kita mencari keselesaan untuk diri.Dan waktu untuk DIA jangan pernah dikurangkan kalau nak rasa mewahnya waktu yang ada.
Baik buruk bersilih ganti.Warna warni kehidupan itu sangat mendewasakan.Secara tidak langsung mendidik kita agar menjadi insan yang lebih mendekat untuk mengenal Tuhan.Apa pun situasi yang dihadapi berhati-hati pada setiap gerak dan geri.Yang baik tidak selamanya begitu,yang buruk tidak semestinya tidak boleh berubah.Semuanya sangat memerlukan waktu dan izinNYA.
Seminit kita boleh cerahkan kulit..tapi bertahun pun belum tentu kita boleh cerahkan hati💗Perdu Cinta💗
Pekakkan telinga,luaskan mata hati.Ada ketika kita sangat memerlukan orang lain untuk menasihati apa sewajarnya.Ada detiknya kita hanya perlu pekakkan sahaja telinga untuk terus melangkah menjadi insan baru pada pandangan PENCIPTA.Untuk menjadi ummat yang baik perlu usaha berlipat ganda bersabarlah,berbanding untuk menjadi sebaliknya dengan hanya sekelip mata.
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi