31 December 2016

Terus Melangkah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


TERUS MELANGKAH || Alhamdulillah,dalam sedar 365 hari telah PC dah sahabat blogger semua lalui..pahit,manis,duka tawa..susah senang,,terduga atau tidak disangka..warna warni sepanjang 2016 bakal menjagi memori untuk dikenang..semua atas kehendak dan dengan izinNYA..subhanaAllah..hari ini,,hari terakhir kita dibulan Disember,ini bermakna kita juga berada ditahun akhir 2016.

Sejarah mungkin berulang?..waktu,tarikh tidak mungkin mampu untuk diundur kembali..apa yang telah berlaku itu akan terus terpahat dan tersimpan rapi..ada ketika ianya seolah terbangkit untuk dikenang.Namun ada sesetengah perkara ianya seolah kembali berlaku seperti yang lepas biarpun detiknya tidak mungkin serupa. 

Soalan lazim..bukan ketika masih menuntut di bangku sekolah sahaja kita dibisakan dengan soalan lazim sebagai persediaan peperiksan..hakikatnya sepanjang kehidupan kita akan sentiasa terdedah dengan pelbagai soalan lazim..malahan dek kerana terlalu menyanyagi hamba-hambnya soalan lazim yang bakal di tanya di alam kubur kelak pun telah Allah bocorkan.

Impian dan azam..bermula daripada impian yang mungkin tidak seberapa namun panjang berjela dan banyaknya macam tidak tersangka membuatkan kita sentiasa berazam untuk merealisasikannya..bezanya yang mana dulu membuahkan hasil sama ada apa yang kita rencanakan atau takdir Allah terlebih dulu mengmbil tempat tepat pada ketikanya..tidak mengapalah.Usaha itu tidak mudah,doa itu tidak senang dan tawakkal pula bukan ringan.Tidak semudah mulut menyebut,jemari menaip dan hati berniat.

Terus Melangkah
Google Image

SELAMAT TAHUN BARU 2017 UNTUK SEMUA RAKAN BLOGGER..pertemuan kita,silaturahim kita di alam maya ini telah Allah SWT susun aturkan..alhamdulillah..syukur.Selain suami,ya kalian sahabat blogger yang menjadi pemangkin semangat untuk PC terus berkongsi ceritera yang banyak kurangnya di blog PeRdU cINta ini..terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi meluangkan masa untuk singgah,meninggalkan bait-bait komen pada setiap yang PC kongsikn.Ikatlah ukhuwah ini dengan du'a.Moga Allah memberi lagi kita kesempatan untuk memperbaiki diri di tahun 2017 💝💝💝.

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi




6 comments:

  1. Semoga ukhuwah kita berkekalan kak PC :) Gembira siqah bertemu akak dalam dunia blogging. Sentiasa dengan entri yang memberi nasihat dan peringatan. Keep blogging kak <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..begitu juga kak PC Siqah sentiasa berharap agar ukhuwah di alam maya ini berpanjangan..insyaAllah..amin..moga setiap apa yang Siqah hajati Allah permudahkan.. :)

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..