25 December 2016

Tak Apa,,Jawab Sahajalah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TAK APA,,JAWAB SAHAJALAH || Bukan mudah menjawab setiap persoalan yang diajukan..namun sebenrnya lebih sukar untuk memberi jawapan yang tidak membuat orang lain terasa..Mengapa persoalan itu sentiasa ada?kerana rasa ingin tahu yang adakala luar sensitiviti yang bertanya..Salahkah?ya salah bagi kita*terutama soalan cepucemas yang melemaskan* tidak bagi dia..justeru itulah soalan itu ditanya..kan..kan..kan..

Kejernihan...tengok air yang keruh pun ngerikan..bila satu hari bekalan air terhenti...kemudian air yang mula-mula keluar selepas bekalan air kembali pulih lazimnya keruhkan..dengan bau yang kurang menyenangkan..masa itulah menjerit kita..jadi,siap sedia dengan tempayan,tidak pun kolah kecil untuk buat simpanan air..tapi kenalah rajin cuci dan tukar biasalah,katak kan suka honeymoon dalam air bersih..diajak pula nyamuk...ada otak tak berakal pun pandai cari tempat bersih nak mengembangkan zuriat..kan..sekali mandi wajib tu..pakej..jadi kita ini yang ada akal,carilah kejernihan hati dan fikiran untuk mengawal situasi.

Perbaharui penapis sentiasa..penapis?ya..akal dan iman itu penapis dalam diri kita yang sewajarnya dibersihkan dan diperbaharui sentiasa..ada banyak cara..zikir boleh,istighfar sesuai,kalamullah juga sangat digalakkan..nampak mudah tapi selalu terlupa.Nampak ringan tapi seolah berat berganda-ganda untuk melakukan..bila sentiasa diperbaharui akal dan iman kita,inshaAllah sedikit-sedikit rasa tenang itu hadir..apa pun soalan,,tak apa jwab sahajalah..eh nanti dulu....harap maklum bukan semudah itu.Hendak selamat..tahu kata tahu..tidak tahu jujur sahaja..

Tak Apa,,Jawab Sahajalah
Google Image
Satu soalan boleh merungkai banyak jawapan..namun satu jawapan belum tentu mampu menoktahkah satu persoalan..kerana rakusnya rasa ingin tahu insan itu sentiasa subur..betul soalannya,molek jawapannya..serong soalannya,takut binasa jawabnya..moga terhindar..🍓Perdu Cinta🍓
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Allah

3 comments:

  1. SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SEMOGA KITA TAHU APA YG KITA MAHU N MEMBERI JWPN TEPAT PADA SETIAP PERSOALAN YG DIDEPANI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berhujung minggu kak PI..amin,begitulah harapnya kak.. :)

      Delete
  2. Jawablah persoalan yang diajukan dengan jujur.
    bukan mencari helah untuk menutup kebenaran.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..