28 December 2016

Sampai Dasar

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SAMPAI DASAR.. || Alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan..kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepian pantai..kalau kail panjang sejengkal lautan dalam tak usah diduga..berakit-rakit kehulu,berenag-renang ke tepian..bersakit-sakit dahulu..bersenang-senanglah kemudian..


Sampai Dasar
Google Image

Kadang kita rasa lelah sangat seolah tidak mampu lagi bernafas,kita berdoa pada Allah agar segera memberi kita kelegaan.Selalu kita rasa sangat tidak berdaya untuk tanggung segala ujianNYA,,kita merayu-rayu moga cepat dibebaskan daripada menanggung beratnya musibah..ada satu-satu saat..kita rasa terduduk seolah tidak mampu untuk bangkit semula..berat yang bukan kepalang,kita merintih mengapa dugaan seolah tidak mahu surut dan tidak mahu berhenti..kita sedih,kita kecewa seolah du'a kita Allah tidak peduli..SEBENARNYA dalam pada kita merintih kepayahan itu hakikatnya Allah sangat tahu kita masih mampu untuk menghadapinya..🍓Perdu Cinta🍓
Semangat.Vitamin yang sangat mahal.Tidak perlu dimakan tapi perlu disuburkan dengan sokongan dan dorongan..ada pada setiap orang cuma bezanya tahap kekuatannya itu berlainan.Jangan sampai hilang..kerana tubuh yang gagah pun bakal rebah..akal yang pintar pun akan tumpul..semangat..harus sering dibaja dengan kata-kata yang positif agar tercas aktif.

Nyah tewas.Awal..pertengahan dan akhir.Kita tidak tahu bahagian mana yang membuatkan kita mungkin berasa untuk mengalah dan beralah.Sesiapa pun tidak mampu lari daripad rasa untuk menyerah kalah pada setiap perjuangan.PC sendiri pun..ya,adakala rasa mahu mengalah sahaja..tetapi fikirlah semula..kerana kita telah memulakan..bayangkan yang indah-indah penghujungnya agar mampu kita nyah rasa ingin tewas itu dengar kadar segera.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 

12 comments:

  1. betul tu.. Allah takkan uji diluar kemampuan hambanya..

    ReplyDelete
  2. Bukan tak tahu PC tapi sebagai manusia biasa yg sangat lemah ada kalanya bagai sudah lelah
    Macam kakak akak tu sedih terlalu besar ujian hingga kurus dah dia walau baru sebulan lebih ujian Allah berikan. Kami tahu ada hikmah tapi belum nampak lagi hingga kini.

    Moga diberi kesabaran buat kami semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..PC juga begitu...kadang rasa rebah yang sudah tidak mampu untuk bangkit semula...
      InshaAllah kak...satu masa semuanya akan terlerai...moga kakak akak Mama Leha terus sabar dan redha...

      Delete
  3. Semoga kita tidak diuji dengan sesuatu yang tidak tertanggung.
    Ya Allah, permudahkan segala urusan untuk mendapatkan keredhaanMu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Pakcik WP...amin...amin...kadang taku juga PC ujian ini buat PC jadi manusia yang kufur nikmat..

      Delete
  4. Terima kasih rai

    Kak PC setuju tu E'in..

    ReplyDelete
  5. Apa yang Allah uji walaupun kita rasa seperti sudah tak tertanggung lagi, namun dengan kesabaran pasti akan ada penyelesaian dan kesenangan lepastu. InshaAllah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat...yang rasa tidak mampu itu kita manusia..tapi Allah yang mencipta kita..yang tahu sekadar mana terdayanya kita untuk terus bersabar...jadi kita selagi boleh laluilah dengan redha..inshaAllah..amin..

      Delete
  6. Allah swt Maha Mengetahui... huhu..pernah rasa sebegitu PC... sampai tertanya kenapa aku diuji sebegini berat?kenapa bukan insan lain? (pulak nah bg orang lain la pulak kan...Tuhan nak uji kita)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..