30 December 2016

Pejuang..Percubaan Demi Percubaan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

PEJUANG..PERCUBAAN DEMI PERCUBAAN || SubhanAllah..alhamdulillah..hari ini ada yang Allah arahkan malaikat Izrail untuk ambil nyawanya..hari ini juga ada yang Allah tiupkan roh ke dalam rahim wanita yang bergelar isteri dan ibu..hari ini Allah izinkan juga ummat Nabi Muhammad SAW lahir ke dunia...setiap hari ada kematian..setiap hari ada kelahiran.Moga setiap kelahiran itu menjadi serikandi dan pahlawan memperjuangkan agama Allah..dan moga kematian itu membawa mereka ke satu daerah yang sangat semua kita dambakan iaitu Syurga Allah.Amin.

Pejuang..Percubaan Demi Percubaan
Sumber : Google Image

Pejuang..Rasulullah SAW adalah pejuang,menegakkan dan menyebar luas Agama Islam untuk ummat sejagat.Perjuangan baginda sangat dalam untuk digali kerana ianya tersangat istimewa.Dua dalam satu,musuh-musuh baginda ada yang tewas dihujung pedang dan ada juga yang lahir daripada hujung pedang.Apabila musuh kafir dengan rela hati mengungkap kalimah syahadah..itulah kelahiran baru yang menggembirakan..daripada kafir menjadi Islam.SubhanAllah.Dan hari ini,setiap kita adalah pejuang dengan cara dan asbab masing-masing.

Kalau nak rasa mewahnya waktu..banyakkan dulu waktu bersama DIA..DIA pemilik waktu..biarpun setiap daripada kita sama waktu yang diberi namun rasa banyak atau sedikitnya waktu itu adalah pemberian dan pinjaman daripadaNYA..bergantung juga berapa banyak kita dating denganNYA dengan rasa jiwa yang berbunga-bunga..💗Perdu Cinta💗

Jentik sejauhnya..PC pun ada rasa putus asa..adakala mampu dikawal..adakala tidak terkawal..tiada pengecualian..PC pun penghuni bumi bukan dari planet Pluto pun kan..kan..hihi😁..haruslah seperti orang lain juga.Biasa sangat dengarkan.."Gagal sekali bukan bermakna selamanya gagal"..yang ada mungkin sudah 3..4 abad tak pun berdekad dengarkan..huishh..selagi hidup..selagi itulah percubaan demi percubaan kita lakukan untuk gapai apa yang diinginkan,daripada sekecil-kecil perbuatan hinggalah sebesar-besar tindakkan.Kalau boleh usahakan jentik jauh-jauh rasa yang boleh meruntuh..sebenarnya kehidupan ini sangat singkat.Padatkanlah dengan seberapa banyak perkara bermanfaat.Salam Jumaat terakhir ditahun 2016😄

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Allah

13 comments:

  1. samalah PC, Lya pon bermacam sudah di tempuh dan percubaan tetap dilakukan walaupun dah rasa nyawa2 ikan tapi pegang perkataan 'harapan' tu. Jadi percaya, selagi boleh dicuba, jgn putus asa dan pasti berjaya. kalau tak berjaya, ada perancangan lain telah Dia aturkan buat kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Lya...lagi satu doa-doa yang dititipkan untuk kita daripada insan-insan tersayang itu membuat kita masih boleh bangkit...alhamdulillah sangat.. :)

      Delete
  2. Setiap orang adalah pejuang. Berjuang untuk meneruskan hidup di dunia yg sementara ini. Maka, beruntunglah siapa yg berjuang utk kesenangan di akhirat kelak. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ana...oleh itu perjuangkan sesuatu yang boleh membantu kita di sana kelak..inshaAllah amin..

      Delete
  3. Selamat tahun baru Yana..The KehalusanKelembutan.

    ReplyDelete
  4. salam jumaat dari kaknoor PC
    Dah malam baru sempat singgah rumah adinda PC ni
    Semoga kita dalam rahmat ALLAH hendaknya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa kak Noor..salam Jumaat kembali..amin..amin..amin :)

      Delete
  5. nice sharing..
    semoga kita sentiasa dlm rahmat Allah. aamiin
    selamat tahun baru pc

    ReplyDelete
  6. Setiap dari kita..makhluk Allah ini adalah pejuang..berjuang untuk sama2 ke arah yang lebih baik..lebih terjamin..semoga perjuangan kita bukanlah perjuangan yang sia2 insyaallah..

    ReplyDelete
  7. Selamat menempuh tahun baru 2017.
    Semoga sinarnya lebih terang.
    perlu reflek balik tahun 2016
    Apakah segala tanggungjawab kita telah terlaksana/dilaksanakan.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..