19 December 2016

Kepelbagaian..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Kepelbagaian..

Bangun pagi uli tepung 
Niat dihati hendak membuat donat
Ayuh kita sentiasa bergabung
Bersatu hati melunaskan amanat

Sultan Muhammad V menjadi Yang Dipertuan Agong
Baginda berasal dari Negeri Kelantan
Apa yang molek kita sokong
Moga negara dalam lindungan Tuhan

Kepelbagaian

Pelam sepat dibuat sambal
Gugur muda dijadikan jeruk
Tidak pandai bukan tandanya bebal
Tolak ketepi prasangka buruk

Melangkah pantas tanda bersemangat
Senyuman dibibir tanda kemesraan
Bersatu hati tanda muafakat
Moga terhindar dari persengketaan

Pergi pagi pulang senja
Anak sepat berenang gembira
Jangan asyik bersuka ria
Ingatlah saudara kita yang sedang berduka


14 comments:

  1. indah sungguh pantun tu kak :).sedapnya pelam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih irda...masam-masam manis.. :)

      Delete
  2. Replies
    1. betul...sesekali kan..masa ramgup lagi tu :) tapi kak PC tak tahan..ngilu gigi..

      Delete
  3. Koyak selendang memanjat gunung
    tersungkur bangun bangkit semula
    banyak yang boleh kita renung
    bersyukur dengan apa yg ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila syukur inshaAllah nanti Allah tambah lagi kan kak :) amin..

      Delete
  4. Pantun yg membawa maksud untuk renungan bersama...sedapnya dpt mkn pelam sepinggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak PI :)
      Kalau makan dah masak ok..kalau muda PC tak tahan kak,,ngilu gigi..

      Delete
  5. saya makan pelam tu gigit ke kulit terus. haha dahsyat kan. sedap sangatlah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huiii...ngilu gigi kak PC..nangis rasanya :)

      Delete
  6. sedapnya pantun pc.. suka busyra bacaaaa

    ReplyDelete
  7. Pergh!! Ohsem pantun PC..
    Terpikat hati membacanya..

    ReplyDelete
  8. Hihi. kak PC kembali berpantun. Gitu :D

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..