09 August 2016

Biarlah Macam Tidak Punya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BIARLAH MACAM TIDAK PUNYA || Ada tapi biasa-biasa,itu sangat baik,namun tidak semua daripada kita mampu lakukan dan bertindak sebegitu.Jangan risau boleh cuba sikit-sikit dan perlahan-lahan..bukan mudah daripada yang sudah sebati hendak diubah pada yang tidak pernah dilakukan.*faham,tidak perlu pergi jauh kadang diri PC sendiri pun melaluinya*

Daripada Muaz bin Anas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, 

“Sesiapa yang meninggalkan pakaian (yang indah, cantik) dengan tujuan merendah diri kepada Allah, sedangkan ianya mampu untuk berbuat demikian, maka Allah memanggilnya di hari kiamat di hadapan khalayak ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang dia suka daripada berbagai-bagai pakaian iman.”
 (Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya Hadith Hasan)

Subhan Allah.Keinginan di dunia cuba kita minimumkan moga di akhirat kita berpeluang memaksimumkan pilihan.Aminn..

#mencari redha Allah 
*terima kasih ukhuwah 

3 comments:

  1. Amin.. moga kita sentiasa berada dalam redha ALLAH.. :)

    ReplyDelete
  2. Subhanallah... t kasih atas peringatan ini PC

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..