31 July 2016

Sudah Dapat Jangan Sia-siakan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SUDAH DAPAT JANGAN SIA-SIAKAN || Rezeki yang Allah pinjamkan kepada kita ada bermacam-macam bentuk dan jenis.Baik secara mudah atau sukar untuk kita memperolehinya ianya tetap rezeki yang wajar dihargai.

Hakikatnya sukar.Hendak buat atau tambah pahala itu mudah walau dengan lakukan sekecil-kecil jariah,namun yang menyukarkan bagaimana untuk bebaskan hati itu daripada rasa-rasa yang kurang molek..yang sering mendekati dan cuba menghasut setiap niat baik agar menjadi kelabu dan hitam.

Apa pun,perkara baik yang kita perolehi jangan sia-siakan.Bersyukurlah kerana ada ketika sedang kita hanyut dengan nikmat,cuba pandang pada yang mahu dan sedang berusaha untuk memiliki namun tidak lagi diizin oleh NYA.Belajar untuk menikmati dengan rasa kerendahan hati.

#mencari  redha Allah 
* terima kasih ukhuwah 

5 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..