28 July 2016

Owh Ada Juga Ya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

OWH ADA JUGA YA || Kakau air bungkus ikat tepi kita tak pelik...sebab memang sudah menjadi kelazimankan..tapi rupa-rupanya alahai macam-macam lintasan di hati dan minda kita...

Image


Hantu bungkus ikat tepi PC baru dengar daripada seorang sahabat...memang ada ya tajuk cerita begitu..huhu..eh rupanya ini ada yang lagi advance ...cinta ikat tepi pula..senyum sendiri PC...bahaya ni anasir yang tidak diingini mudah masuk kalau silap percaturan..

Anugerah terindah...ada yang menganggap kejayaan yang dikecapi itu anugerah terindah...dapat nikmati kehidupan yang lengkap serba serbi itu anugerah terindah..yalah tafsiran peribadi...tidak salah pun...namun sebelum gembira dengan nikmat lain terlebih dahulu syukuri nikmat Iman dan Islam yang Allah pinjamkan kepada kita..pelihara dan gilap sentiasa..curahkan rasa cinta sepenuhnya kepada DIA..IKAT KETAT-KETAT...ERAT-ERAT..suami-isteri suburkanlah ikatan halal itu dengan bersendikan taqwa..

Ikatan yang sempurna itu lebih selamat dan lebih mantap...lebih terpelihara...lebih terjaga...dalam apa pun situasi sememangnya tiada yang sempurna melainkan Allah namun lakukanlah sehabis baik..

#mencari redha Allah 
* terima kasih ukhuwah 

6 comments:

  1. Hahaha cinta ikat tepi pun ada ke? Macam macam lah orang sekarang ni. Nad tak pernah terfikir pulak nak Google benda sebegitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun senyum sendiri bila tengok Nad..alhamdulillah secara tidak langsung menjadi idea untuk akak berkongsi entri..syukur.. :)

      Delete
  2. Assalamualaikum PC,

    Akak pun tersenyum sendiri bila baca tajuk 'cinta ikat tepi' tu.. tapi bila sebut 'hantu bungkus ikat tepi' ngeri pulak, hehehe

    Sebut tentang ukhuwah, akak ada tag PC tau untuk satu giveaway yang akak sertai.. Takde paksaan hanya memenuhi syarat. Akak pun seperti PC, sangat menghargai ukhuwah yang dibina melalui maya.. Kalau boleh akak nak kumpul rakan maya ramai-ramai.

    Okay PC, jaga diri. Terima kasih rajin singgah blog akak.. Sayang PC ketat-ketat.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam kak LZ...terima kasih tag PC tau :)
      Kan..sekarang ni kak macam2 perkara yang luar jangkaan kita boleh terlintas diminda..kreatif semuanya..akak pun jaga diri juga ya:)

      Delete
  3. Wkmsalam.
    Mungkin ada maksud tersendiri istilah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Pakcik..hihi..comel keyword yang dicari. :)

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..