16 July 2016

Dengar Dan Beri Peluang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


DENGAR DAN BERI PELUANG || "Jangan nilai isi buku itu berdasarkan kulitnya sahaja"..ambil...baca hingga habis kemudian barulah buat rumusan yang selayaknya..begitu juga kita jangan mudah mentafsir dan membuat kesimpulan terhadap orang lain..lebih-lebih lagi kepada orang yang tidak kita kenali atau baru sahaja dikenali...


Google Quotes

Kesempurnaan itu milik Allah..kita mencari kesempurnaan hanya sekadar selayaknya kita itu pun bergantung pada tafsiran diri sendiri..lain orang lain tahap  anggapan kesempurnaan yang mampu untuk dicapai..bagi sesetengah orang ada rumah,ada keluarga kecil,cukup makan pakai..itu kesempurnaan..ada pula yang berasakan ada kereta besar,rumah besar,mesti bergaji besar,semuanya yang besar itulah capaian kesempurnaan baginya..nampak tak..lain-lainkan..namun hakikat sebenar kita sampai bila-bila pun tidak boleh menjadi sempurna..sehinggalah kita semai rasa syukur pada diri..

Jangan cepat melatah..bukan melatah yang merapu bila dicocok tu ya..tapi ini melatah yang boleh menyusahkan diri sendiri dan orang lain juga..jangan cepat sangat bertindak tanpa berfikir..jangan cepat adili orang lain..kalau kita tidak suka orang adili kita sesuka hati..jadi kita pun jangan buat begitu pada orang lain ya..

#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah

6 comments:

  1. setuju sgt sis... jgn mudah melatah... yup sempurna itu milik allah... apa yg ada pada kita itu sudah cukup sempurna di mata Allah... hanya kita sahaja tak tahu menilai pemberian Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..sempurna selamanya milik DIA...cuma kadang bila sesama insan sendiri sentiasa pertikai orang lain..itu yang menyedihkan...

      Delete
  2. Mendalam maksudnya di situ. Kita tendency untuk berfikiran sempit. Bila nampak saja orang buat benda buruk/tidak elok, mulalah berfikiran tidak baik tentang mereka. Cuba selidiki KENAPA dia berbuat demikian. If dia salah pon, tiada salahnya kita yang melihat cuba menegurnya. Paling kurang pon, kita sudah menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim/insan yang bertimbangrasa dan yang senantiasa kasih dan sayang sesama insan, kan.

    Nisa selalu terapkan pemikiran sebegitu sebab nak kata diri ini sempurna, jauh betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...kita cuba beri peluang pada orang lain kerana diri kita sendiri pun sentiasa mengharapkan agar diberi peluang dan diterima baik oleh orang lain..

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..