21 July 2016

Bulatkan Hati

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Haruman wangian bertebaran di udara
Menjadi kegilaan si teruna dan dara
Jauh merantau ke seantero dunia
Jangan dilupa sanak saudara

Kain batik disusun rapi
Penggunaannya meluas sana sini
Jangan sentiasa meratapi nasib diri
Lumrahnya hidup dugaan datang pergi

Songket tenun menjadi pilihan
Mengisi dulang sebagai hantaran
Hidup ini punya banyak pilihan
Pertama pastikan berlandaskan Al Quran 

Kerongsang kebaya bertatah intan
Tersemat rapi dibahagian depan
Yang baik ditauladankan
Untuk kesejahteraan  dua alam kehidupan

5 comments:

  1. betul tu hiduplah berlandaskan Al-Quran kan PC

    ReplyDelete
  2. Hidup berpandukan Al Quran adalah yg terbaik buat kita umat manusia ini

    ReplyDelete
  3. In shaa Allah.
    kalu betul arah nya, betul la.
    yes hati mau bulat.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..