26 July 2016

Bukan Tamak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BUKAN TAMAK || Keuntungan..siapa yang tidak suka bila sesuatu yang diusahakan dengan izin Allah meraih keuntungan..lagi-lagilah kalau keuntungan itu ''clean''..bebas riba'..tiada zakat tertunggak..lunas semua apa yang wajar dilunaskan..alhamdulillah..halal dan suci..hati tenang..hidup sentiasa dilimpahi keberkatan..ameen.

Hidup ini perjuangan..bukan berniaga sahaja mengharapkan untung..melalui kehidupan juga kita sentiasa mengharapkan keuntungan..senang dunia..mewah akhirat..dalam erti kata lainnya untuk dua-dua dunia..

bukan tamak
Google Image

Mengharapkan dunia akhirat yang baik-baik perjalannya bukan bermakna kita ini sedang bersikap tamak..walhal memang wajar untuk kita tamak dalam melakukan kebaikkan tapi jangan sampai kita menghalang dan melarang orang lain untuk turut sama melakukan kebaikkan..ingat..kalau syurga itu untuk semua jangan kita lupa neraka juga boleh dihuni oleh sesiapa sahaja..buatlah baik terdayanya kita..selebihnya biar Allah yang memberi ganjaran yang setimpal dengannya..

#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah


3 comments:

  1. Wkmsalam.
    Tamak melakukan amal dan kebaikan,
    labanya dapat kita nikmati di sana nanti.

    ReplyDelete
  2. Salam betul kak yana setuju.. tamak dalam beribadat jangan dilupa untuk mengajak juga

    ReplyDelete
  3. Kejarlah dunia seperti kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan kejarlah akhirat seperti mana kamu akan mati esok hari... Allahuakbar.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..