10 June 2016

Terlajak Berganda

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TERLAJAK BERGANDA || Alhamdulillah Jumaat kedua di bulan Jun...namun ini merupakan Jumaat pertama di bulan ramadhan..diam tidak diam sudah 5 hari kita berpuasa..syukur sentiasa kerana Allah izinkan kita semua untuk menikmati lagi ramadhan kali ini..subhan ALLAH..

Setiap perkara baik yang kita lakukan pasti mendapat juga ganjaran yang baik..Allah tidak pernah membiarkan setiap kebaikkan kita itu sia-sia..jadi jangan risau kalau perbuatan baik kita tidak dihargai manusia kerana Allah tetap memandangnya dengan penuh kasih..diumpamakan 1 kebajikkan dengan 10 ganjaran pahala berbanding 1 kejahatan dengan 1 dosa..nampak tak betapa Allah sangat sayang pada kita..

Di hari yang penuh keberkatan ini..di dalam bulan yang penuh rahmat ini segalanya bakal berganda..keseronokkan berganda..ketenangan berganda dan pahala juga bakal berganda..dengan syarat kita mesti mencarinya sedaya upaya..dan salah satu cara untuk kita perolehi gandaan itu adalah dengan setiap amalan..

Jangan pernah fikir kisah gelap silam itu satu penghalang untuk buat kebaikkan..tidak perlu risau kalau-kalau semua yang dilakukan tidak diterima Allah lantaran dosa semalam..atau kita ini pendosa tegar..jangan..kerana ketulusan hati kita itu yang sentiasa Allah nilaikan..biarpun kita ini jahil..walaupun kita ini sentiasa lagha..buatlah kebaikkan walau sebesar zarah sekali pun siapa tahu ianya bakal menjadi benih untuk kita menjadi putih bersih seolah baru sahaja dilahirkan semula..

#redha Allah yang kita cari.
*terima kasih ukhuwah..

7 comments:

  1. Subhanallah bersama kita raih ruang dan peluang yang ada buat kita semua mencari pahala disisiNya

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, dengan melakukan kebaikan, konfom hati jadi qu puteh, qu puteh, sentiasa puteh.. hehe

    ReplyDelete
  3. yg pnting kt berusaha utk tmbhkan amalan kt..

    ReplyDelete
  4. Moga kita semua di bawah lindunganNYA.

    ReplyDelete
  5. waktu untuk gandakan juga amalan... :)

    ReplyDelete
  6. Mmg cepat waktu berlalu... subhanallah.. dah 5 Ramadan dah...

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..