12 June 2016

Sememangnya Mengharapkan Balasan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SEMEMANGNYA MENGHARAPKAN BALASAN || Ucapan terima kasih daripada si penerima pun sebenarnya sudah cukup membahagiakan dan rasa sangat dihargai pada si pemberi..tidak perlu bersungguh pun membalas dengan nilai yang sama atau lebih baik..ada tidak menjadi salahnya..tidak ada lagilah tidak tertanggung kesalahan atas diri penerima..ini kisahnya sesama insan..saling memberi dan menerima..saling berkongsi rezeki..alhamdulillah..

Tidak usah dikisahkan sangat bila memberi di dunia ini tidak mendapat balasan semula..bukankah sudah dipasakkan keikhlasan..in sya Allah..amin..tapi realitinya tidak kepada DIA..kita sememangnya mengharapkan balasan daripada Allah..ikhlas sesama insan biar tanpa harapan tapi ikhlaskan hati dengan Allah disertai dengan impian agar Allah beri ganjaran yang berganda-ganda..

Pelaburan itu bekalan..macam mudah tapi di dalamnya terdapat kesukaran..seolah ringan hakikatnya berat beban tergalas..lancar lidah menyusun kata di akhirat bakal menjawab semua..justeru menharapkan balasan pada setiap ketaatan itu adalah hamparan nikmat yang kelak membantu kita in sya Allah..

Hendak tarbiah hati..memberilah kepada haiwan kerana daripadanya kita tidak boleh mengharapkan balasan kecuali daripada DIA Ya Rahman..

#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah



8 comments:

  1. SETUJU DGN N3 PC...SALING MEMBERI N MENERIMA MNGERATKN JALENAN UKHWAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak PI..in sya Allah..ameen :)

      Delete
  2. Nasihat berguna...singgah petang sini

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..