02 June 2016

Seluas Pengisian

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Selesai Maghrib duduk bersila
Duduk bersila di atas sejadah
Bukan sekadar duduk suka-suka
Bersedia bacaan Surah Yasin juga Al Fatihah

Di syurga itu ada banyak taman
Ada juga banyak pintu untuk umat budiman
Tasbih cantik dalam genggaman
Jadikanlah zikir amalan harian

Timbang tara dan sukatan
Di akhirat ada neraca Al Mizan
Kejarlah wahai insan erti keberkatan
Kerana kunci syurga itu adalah kasih sayang Tuhan

Tiupan bayu terasa damai
Dikala senja semakin galak
Hebatnya insan bukan kawannya ramai
Tetapi kerana hebatnya akhlak


3 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..