Segerakan Dengan Adab

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

SEGERAKAN DENGAN ADAB || Dua perkara yang betul-betul buat kita berasa gembira yang betul-betul gembira..bukanlah sebelum ini kalau kita gembira itu pura-pura...ok apa dia...bagi orang yang berpuasa Allah gandakan rasa gembira padanya adalah semasa hendak berbuka puasa..satu lagi bila di akhirat kelak kita di suruh masuk ke syurga dengan rahmat Allah..yes ini gembira yang tidak dapat ditafsir oleh sesiapa pun..hanya yang merasainya sahaja yang tahu.

Daripada Sahl bin Saad RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : 

Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya mendapat kebaikan yang berterusan.
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Segerakan berbuka puasa bila berkumandang azan solat fardhu Maghrib ya..bukannya segerakan berbuka bila dengar azan solat Zuhor atau solat Asar..^^..kalau ini dilakukan oleh adik-adik atau anak-anak yang statusnya belum mummaiyyez(tidak tahu beza baik dan buruk) atau belum baligh(cukup umur) masih boleh diterima akal..atau yang memang berada dalam keuzuran..tapi kalau yang gagah perkasa..segak bergaya..sihat walafiat..alahai sedih pulak rasanya..kalau puasa yang sunnat tidak dilakukan tidak mengapalah..tapi ambillah peluang yang wajib hanya sebulan dalam setahun ini sebaik-baiknya ya..manfaatkan..yakin boleh..

Segerakan berbuka supaya boleh kita berganjak kepada ibadah seterusnya..solat..membaca Al Quran..betul tak...bergantung pada individu..ada yang lebih suka sekadar minum segelas air suam dan tiga biji kurma kemudian solat..ada juga yang lebih suka terus mengambil makanan berat baru mendirikan solat..mana-mana pun boleh ikut selesa..ikut kemampuan diri ya..apa pun sederhana dalam mengisi perut dengan makanan kerana seharian perut berehat..terkejut dia nanti..kesian..

#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. In shaa Allah... menyegerakan berbuka tu pun satu ibadah agar dpt meneruskan ibadah2 yg lain dgn lebih khusyuk... subhanallah...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama