23 June 2016

Penggal Akhir

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

PENGGAL AKHIR || Ya PC anggap Ramadhan ini seperti madrasah untuk PC lebih perbaiki diri..in sya Allah..pastinya bukan PC sahaja berasakan begitu sebaliknya kita semuakan..memasuki malam 19 Ramadhan 1437H..subhan Allah...pantas waktu berlalu..dan seperti baru semalam kita menyambut dan mengalu-alukan kehadiran Ramadhan..dan pastinya pada malam-malam hujungnya Ramadhan ini apa yang kita semua harapkan adalah Lailatulqadar..

Pupuklah rasa tamak dihati..ini mungkin peluang terakhir untuk kita menikmati Ramadhan..hendak kejar sesuatu kebaikkan kena selalu ingat mati..bila sentiasa ingat mati itulah menjadi amaran untuk kita agar sentiasa berfikir banyak kali untuk melakukan sesuatu perkara..di bulan penuh kemuliaan dan keberkatan ini jadilah hamba yang lebih tamak..tamak untuk mencari..menambah..mengaut..melakukan seberapa banyak amalan kebaikkan dan pahala.

Biasanya yang terakhir inilah penentunya..kalau di sekolah,penggal akhir peperiksaan itulah yang paling penting sebab keputusannya itu menentukan kita ke kelas mana..betul tak..begitu jugalah dalam bulan Ramadhan ni..ada hikmah kenapa lailatulqadar itu jatuhnya pada salah satu malam ganjil di sepuluh malam terakhir Ramadhan..kerana lazimnya sepuluh malam akhir ini ummat mengalamai kecelaruan emosi..mengejar lailatulqadar atau mengejar dateline sale raya..itulah dugaan terbesarnya..kecuali bagi kaum wanita yang sememangnya ABC..

Sebagaimana kita berasa seronok menyambut kehadirannya..moga kita juga seronok memberi pengisian terbaik di dalamnya...namun jangan berasa seronok dengan pemergiannya kerana ianya bulan terbaik kalau dibandingkan dengan seribu bulan lantaran di dalamnya Allah sertakan lailatulqadar yang penuh rahsia..

#mencari redha Ilahi
*terima kasih ukhuwah

13 comments:

  1. Walaikummussalam..
    betul tu kejap sgt rasa bulan ramadhan kali ni.. Tambah2 lg bila di perantauan ni.. tahu2 je dah malam.. memang pantas..

    terima kasih atas peringatan ni..


    Blogwalking sini, jom belajar tutorial ni

    Cara Untuk Rendahkan Bounce Rate Blog article...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantas masa berlalukan AH...sama2..moga bermanfaat.. :)

      Delete
  2. Perkongsian yang amat menginsafkan diri saya.. kipidap bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen..bukan bro..kakak :)..hihihihi..

      Delete
  3. assalamualaikum kak PC...

    terima kasih atas perkongsian ttg PENGGAL terakhir dlm buat ramadan, di mana kita umat islam bakal lalui...

    saya sentiasa berdoa tiap kali sebelum berbuka, agar hati sy lembut utk menerima hidayah demi hidayah yg Allah berikan..

    bertindak dan harus kuat utk mencari redha di sisi DIA.

    di doakan semua dan kak PC juga di pertemukan dgn mlm lailatuqadar.. .insyaAllah... aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam RK..alhamdulillah..terima kasih atas setiap doa ya..amin...bulan Ramadhan selain tingkatkan amalan..lailatulqadar lah yang sangat di tunggu2 oleh kita semua..moga Allah izinkan kita semua untuk menemuinya.. ameen :)

      Delete
  4. Sama2 kita mencari redha Illahi di bulan mulia ini... moga di pertemukan dgn apa yg kita cari..:)

    ReplyDelete
  5. T kasih atas nasihat dan peringatan ini. Semoga Allah sentiasa merahmati dengan sepenuh keberkatan Ramadan buat PC sekeluarga... aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..