18 June 2016

Menyejukkan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MENYEJUKKAN || Ais..sangat digemari dan dicari-cari ketika musim panas terik..ais krim..ais kacang..ais kepal dan seangkatan dengannya..tapi kalau memang menjadi kegemaran hujan sekali pun bukan menjadi alasan untuk tidak minum minuman berais..sudah katanya menu wajibkan...hihi..PC?..sangat kurang mengambil minuman berais..tapiiiiiiiiii bila sesekali makan ais kacang..ermmmm macam tidak sempat nak toleh kanan kiri...dapat makan aiskrim pun..fuhh nikmat..*terliur??..sila tunggu azan maghrib ya..*

Menyejukkan

Memasuki minggu kedua Ramadhan alhamdulillah hujan sangat kerap turun..rezeki..bagi anak-anak atau adik-adik yang sedang berpuasa secara tidak langsung ini juga membantu mereka..kuranglah sedikit rasa lesu dek lapar dan dahaga...namun ini menjadi cabaran kepada para peniaga di bazar Ramadhan yang gigih mencari rezeki..yakin..pasti berhikmah pada setiap apa yang berlaku..bersangka baik dengan Allah sentiasa..

Sentiasa menjadi pendamai itu sangat disukai oleh sesiapa pun...kalau ditanya..tiada sesiapa pun suka akan situasi yang tegang..justeru kita cuba belajar untuk menjadi ejen pendamai..in sya Allah boleh..amen..semasa musin El Nino kita sentiasa mengharapkan turunnya hujan yang banyak dan kerap..alhamdulillah rupanya Allah tangguhkan dulu untuk Ramadhan..syukur..kesejukkan itu umpama pendamai..tenang..nikmat..dan rezeki untuk kita..

Ketenangan itu akan lahir daripada sejuknya jiwa..in sya Allah ianya akan terpancar keluar daripada penglihatan sesama insan..ya mungkin kita tidak pernah tahu tapi mata yang memandang itu akan sentiasa dapat merasainya..in sya Allah..moga kita sentiasa memperolehi kedamaian daripadaNYA..

6 comments:

  1. Airminuman berais menu utama berbuka. Takde ais taknlengkap rasanya..

    ReplyDelete
  2. Airminuman berais menu utama berbuka. Takde ais taknlengkap rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..yeke kak...wah mesti beraneka air ni kak :)

      Delete
  3. Wkmsalam.
    Sebaik2nya berbuka dengan air panas dahulu.

    ReplyDelete
  4. acik x minum ais sebab tak berapa elok sebenarnya..lebih air suam..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..