20 June 2016

Kita Jadi Pemula

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

KITA JADI PEMULA || Bukan satu tugas yang mudah untuk menjadi pencetus pada satu-satu perkara kebaikkan itu...walaupun kebaikkan itu kecil sahaja..percayalah kerana pasti ada kata-kata dibalik tabir..pasti ada bisikan halus daripada cuping ke cuping..dan sekarang lebih canggih..lebih pantas..seorang share semua ahli dalam group boleh dapat berita dan cerita....terima...terima..terima.....sahih tolak tepi..fitnah...mungkin ya..subhan Allah..biarpun sekadar forward..kalau kebaikkan besar ganjaran tapi kalau sebaliknya besar juga akibatnya.. 

Menasihati bukan seperti tuang adunan dalam acuan...tidak semudah itu...setiap niat dan perlakuan kebaikkan itu pasti ada dugaannya..pasti ada ranjaunya..jadi jangan buat baiklah ya??..gitu??..bukan begitu maksud PC..tidak ya..semakin besar dugaannya maka semakin besar dan banyak juga ganjaran yang akan kita perolehi..kalau tidak di dunia..habis tu?..ingat akhirat tempat kita akan tinggal selama-lamanya..ada yang kita terima tunai di dunia..ada yang dilewatkan untuk manfaat akhirat..bawa-bawa bertenang la ya ^^

Model...sesekali tengok majalah fesyen omakaaiii...sekso mato..sesekali tengok pertunjukkan fesyen live ditelevisyen..amboi..like crazy kekdahnya..cuba tengok yang pertunjukkan busana muslimah..alahai serupa ayam berak kapur pula..muncung saja..hihi..ingat kita sama-sama jaga pandangan..bukan PC cakap orang lain..sebenarnya PC bagi amaran untuk diri PC juga..kadang mata ni gatal tergedik-gedik nak menengoknya..oleh sebab rabun jadi tidak berapa jelas sangatlah pandangan tu..kan kita suka tengok benda yang menarik..sekali itu rezeki kerana tidak sengaja...selebihnya itu bala..hihi ^^..

Kita jadi pemula..macam mana?..bermula secara kecil-kecilan atau sedikit-sedikit sahaja dahulu..printislah senang cakap...kalau kita nak tegur kesilapan orang tegurlah dengan baik..jangan harapkan kita tegur sekali orang akan terima itu jam juga..kecuali awak bawak kayu sambil buat muka ganas mata terbeliak terbeliak..ha itu memang cepat kesannya..tapi jangan marah tayar motor awak pancit..tak pun kereta awak calar balar..silap-sialap terus tidak bertegur..sabarlah..

Hendak orang berubah kita mulakan perubahan daripada diri sendiri terlebih dahulu..lama kelamaan in sya Allah mereka akan tertarik..contoh melalui tauladan..terutama bila kita berusaha untuk ubah apa yang kurang baik itu kepada ahli keluarga kita sendiri atau orang yang paling hampir dengan kita.."KITA MULAKAN DULU"...barulah cakap serupa bikin..huhu ^^ in sya Allah.

#mencari.redha.Allah
*terima kasih Allah


4 comments:

  1. Cermin diri sendiri dulu ye PC..
    Akak takut juga nak tegur orang ni..
    Sebab diri tak sempurna mana :(

    ReplyDelete
  2. betul PC,,jgn kita hanya tau cakap jer kan..

    ReplyDelete
  3. salam, setuju dengan akak , nak nanti sempurna takdenya nak tegur tegur ni

    ReplyDelete
  4. Kepimpinan melalui tauladan... jngn hanya bercakap tapi tidak melakukannya. T kasih atas peringatan ini PC.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..