20 June 2016

Cantikkan Iman

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

CANTIKKAN IMAN || Sebut sahaja cantik mesti bayangkan luaran..wajah..pakaian..perhiasan..daripada hujung rambut hinggalah hujung jari..tapi semuanya luaran..betul la tu..luaran sahaja pun yang kita nampak..sekali atau sekilas pandang zaapppp kita pandang apa yang terpamer kelibat dihadapan mata..kalau buat pembedahan sekalipun kita tidak boleh tahu apa yang tersirat dihati orang lain..cuma Allah dan tuan badan sahaja pun yang tahu..kecualilah orang tu kongsi isi hatinya pada orang lain..

Orang lain itu mampu menjadi penyumbang terbesar dalam membawa kita ke arah yang baik atau sebaliknya..begitu juga kita..aura pengaruh..terikut atau sebaliknya  bergantunglah pada diri sendiri..hendak selamat cantikkan iman kita..kerana iman itu umpama benteng besar dan kebal..selain itu..

Daripada Abu Hurairah RA juga, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, 

Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik-baik atau mendiamkan diri.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Iman itu bukan sekadar dirasa pada jiwa tapi diluah juga dengan tingkah..buktikan dengan perbuatan kerana ianya sebagai tanda juga kasih kepada Allah.. 

#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah

4 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..