30 June 2016

Juara

11:00 PM 2
Juara
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

JUARA || Siapa tak suka jadi juara kan...juara kot..menjadi perhatian dan tumpuan..betul...tidak di nafi tapi mesti ingat kerana yang juara dan berada di  tangga pertama itu tidak semesti sentiasa berada di atas..bergantung juga pada cara individu itu berusaha untuk mengekalkannya dan cara bagaimana untuk menjadi juara dihati orang lain...

Image result for quotes about success

Kalau mengharapkan bulat itu datang bergolek...pipih datangnya melayang...boleh..tidak menjadi masalah..tapi mungkin ianya mengambil masa yang agak panjang berbanding kita susun strategi dan mula mengorak langkah seluas luasnya..in sya Allah..

#mencari redha Allah 
*terima kasih ukhuwah 

Banyakkan Berbicara Dengan DIA

5:30 PM 0
Banyakkan Berbicara Dengan DIA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BANYAKKAN BERBICARA DENGAN DIA 

Kita insan sangat jauh daripada kesempurnaan..ya sempurna pada penilaian manusia itu kadang muluk semuanya..mungkin tulus daripada hatinya mungkin juga ada nawaitu yang tersirat pada jiwanya..itu kita sesama manusia..saling menilai mengikut citarasa berbeza..

Sepinya berbicara mungkin semasa terpejamnya mata..sedang enak diulit mimpi bahagia..namun adakala tersasar juga mimpi itu terbawa-bawa dalam igauan sebabak cuma..

Kadangkala mulut terkunci daripada berkata-kata..namun hati dan minda tidak pula lelah untuk berbicara..sentiasa..seolah mesin yang tidak ada suis untuk menghentikannya..

Sepanjang babak kehidupan..pelbagai ceritera berlaku disekeliling saya,awak,kita dan mereka..malahan kadangkala kita saling berkongsi kisah suka duka..pahit manis..ya,itu biasa..

Namun wahai insan..pernahakah kita meluangkan lebih banyak masa untuk NYA..sudah sampai masanya ayuh kita cuba belajar untk lebih banyakkan berbicara dengan DIA..bukan untuk hari ini sahaja..tetapi untuk sepanjang hayat kita di dunia..apa pun bahasa yang kita guna..ya DIA akan tetap memahaminya..bagaimana pun susun atur ayatnya ya,DIA juga terima..biar pun tiada kata puitis dan pujangga ya,DIA akan setia mendengarnya..mulakan.

#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah

Dua Aura

1:30 PM 7
Dua Aura
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

DUA AURA || Alhamdulillah...30 Jun dah hari ini..tarikh dan hari penutup bagi bulan Jun..tamat setengah tahun 2016..dengan izin Allah kita akan masuk ke setengah tahun seterusnya..Julai..Julai..Julai..

Awal bulan Julai menjadi dua pertembungan genting..kenapa PC kata begitu..kerana minggu awal itu minggu akhir dan penghujung Ramadhan juga merupakan lembaran Syawal yang bakal mengambil alih..

Dua aura..sayu hati untuk melepaskan Ramadhan pergi yang tahun hadapan biarpun Ramadhan akan tetap kembali namun belum tentu kita masih hidup di muka bumi ini..dalam masa yang sama rasa gembira bakal menyambut kehadiran Syawal hari kemenangan untuk sekalian ummat Islam meraikannya selepas melalui puasa sebulan..subhan Allah..perasaan..emosi bercampur baur..libang-libu..pilu..

Jangan penat meminta..jangan pernah rasa malam istimewa itu bukan untuk kita..teruskan usaha..

#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah

Bebaskan Dahulu

8:30 AM 8
Bebaskan Dahulu
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Hendak menakluki pastikan kita terlebih dahulu bebas daripada jajahan minda dan emosi..in sya Allah boleh! ..ke mana pun pasti berasa bahagia dan gembira..-Perdu Cinta

29 June 2016

Muktamad

10:58 PM 1
Muktamad
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MUKTAMAD || Ikat hati kita dengan sekuatnya dengan kalimah ini..akujanji hamba dan pencipta..jangan mungkir janji buruk padahnya..jangan rosakkan ikrar merana jasad nanti..

Muktamad

Berjanji sudah...itu tidak lagi mencukupi..bangkit lunaskan tanggungjawab apa sewajarnya hamba lakukan..buat apa yang disuruh..tang ditegah tinggalkan..in sya Allah selamat dunia akhirat..

#mencari redha Allah 
*terima kasih ukhuwah 

WW》Rojak Nenas Timun

5:00 PM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

WW 》 ROJAK NENAS TIMUN || Inilah salah satu menu yang kerap PC sediakan sepanjang Ramadhan..alhamdulillah.


Kuantiti ikut citarasa

Bahan-bahannya

Timun
Nenas
Bawang merah besar
Cili/lada basah besar 
Gula
Garam

Caranya

Timun,nenas,bawang dan cili di potong tipis (atau ikut citarasa) kemudian campurkan dan gaulkan semua bahan hingga sebati..

Selamat mencuba😆

#mencari redha Allah 
*terima kasih ukhuwah 


WW 》Kali Ini Ada Kawan

2:00 PM 25
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

WW》KALI INI ADA KAWAN || Sunquick ni sentiasa ada di rumah PC..selalunya satu...sendiri dia...tapi kali ni ada kawan pula...alhamdulillah..

Kali ini ada kawan

#mencari redha Allah 
*terima kasih ukhuwah 


Bertahan Itu Berat

8:00 AM 20
Bertahan Itu Berat
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


Jangan dirisaukan bagaimana kita hendak mula sebaliknya fikirkan bagaimana kita hendak bertahan hingga kepenghujungnya..bukan satu perkara mudah untuk kita terus bertahan..-Perdu Cinta

28 June 2016

Perlukan Cabaran

10:56 PM 2
Perlukan Cabaran
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

PERLUKAN CABARAN || Kalau ditanya pasti dan yakin semuanya mengharapkan kesenangan dan kemudahan sahaja..ibarat sebut sahaja semua terhidang depan mata...boleh berlaku tapi tunggu...usaha lebih sikit di dunia...in sya Allah dengan rahmat Allah dapatlah layanan sebegitu oleh bidadari syurga..kekal abadi selama-lamanya..tapi di syurga Allah la..

Perlukan Cabaran

Sedikit cabaran itu perlu sebagai perangsang untuk kita gigih berusaha dan pantas bergerak serta bertindak..berbanding memperoleh sesuatu dengan mudah sangat berbeza melalui satu kepahitan terlebih dahulu untuk kita perolehi sesuatu itu sangat ketara nikmatnya..sangat berbeza juga cara kita menghargainya..bagaimana pun lain orang lain lain cara pengemudiannya..

#mencari redha Allah 
*terima kasih ukhuwah 

ZALORA Semakin Melampau Dan Menjadi-jadi

5:00 PM 7
ZALORA Semakin Melampau Dan Menjadi-jadi
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

ZALORA SEMAKIN MELAMPAU DAN MENJADI-JADI || Bersaing secara sihat sesama sendiri..mereka menyediakan wadah yang terbaik dan kita pengguna yang memilihnya bergantung pada kemampuan diri masing-masing dan juga citrasa sendiri..namun apa yang merisaukan bila harga yang ditawarkan adalah sangat mampu milik hari demi hari..itulah masalahnya..semakin menghampiri raya semakin bertambah peratus diskaun yang ditawarkan...amboi..amboi..amboi..


Membelilah dengan berhemah..kita sentiasa didedahkan dengan penawaran apatah lagi sekiranya ada permintaan maka penawaran itu semakin kembang meluas..semakin pesat..ya..duit kita hak kita..ikut suka kita waima PC sendiri langsung tiada hak untuk melarang sesiapa pun untuk membeli..namun dalam ghairah membuat persiapan dan membeli..jangan lupa untuk tinggalkan sebagai tabungan..mungkin bukan kegunaan hari ini..siapa tahu sekelip mata ianya amat diperlukan..

#mencari.redha.Allah
*terima kasih ukhuwah

Mulakanlah

12:30 PM 3
Mulakanlah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Eh hari ini sudah hari Selasa
Moga semua berkeadaan selesa
Biar di dunia kehidupan kita biasa-biasa
Moga di akhirat menjadi luar biasa

Bangkit awal cuci muka
Mangadap juadah duduk bersila
Sebelum berbuka di awal pagi bersahur dulu ya  
Moga ibadat puasa kita Allah terima

Badan menggeletar kurang gula
Minumlah air manis walau sedikit cuma
Bukan mudah menjadi hamba berguna
Tiada yang mustahil berkat usaha 

Indah sungguh singgahsana
Tempat istirehat keluarga diraja
Banykkan bersedekah setiap masa
Lebih-lebih lagi sedang berada di bulan mulia

#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah



Ketenangan

8:30 AM 4
Ketenangan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Ketenangan itu hadir dengan izin Ilahi..tempatnya dihati..biarpun begitu ketenangan perlu dicari dan diminta selalu..jangan pandang kecil pada ketenangan kerana ianya penyumbang terbesar pada kelancaran amalan-amalan kebaikkan..-Perdu Cinta-

27 June 2016

Sebaik-baiknya

10:35 PM 9
Sebaik-baiknya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SEBAIK-BAIKNYA || Meminta pertolongan dalam kesabaran dan doa yang berterusan itulah yang terbaik..tanpa rasa lelah..tanpa ada rasa jemu..

sebaik-baiknya

Bukan kita minta hari ini kita terus dapat..ingat itu bukan kerana Allah tidak sayang..jangan berkecil hati..tidak usah merajuk ya..tunggu..tiba masanya adalah rezekinya..ingat rezeki itu tersangat luas ertinya untuk kita..

#mencari redha Allah
*terima kasih Allah

Masih Sempat Lagikah

4:30 PM 10
Masih Sempat Lagikah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MASIH SEMPAT LAGIKAH || Perkara ini seringkali berkait rapat dengan waktu..kalau pada makanan ada tempoh luput tarikhnya..kalau temujanji ada timelinenya..kalau perjanjian urusan mesti ada datelinenya..

Sama rata..semua orang Allah beri pinjaman waktunya sama..24 jam 7 hari seminggu..yang membezakan bergantung pada individu bagaimana mengolah masa itu dengan input yang bermanfaat..itu sahaja..

Tidak akan mampu...waktu tidak boleh dikejar dan diulang..semakin kita kejar semakin kita lelah..ianya akan terus berlalu..tapi jika urus ia sebaiknya in sha Allah kita tidak mampu untuk bazirkannya walau sedetik.

Masih sempat lagikah...ya masih...tenang dan jangan terburu-buru...semakin kita terburu-buru semakin itu kita bakal lakukan banyak khilaf,,khilaf itulah menjadi penyumbang kesempitan waktu...jangan berasa tertekan dengan waktu yang bakal berlalu sebaiknya yang berbaki diisi dengan sebaik-baik dan sebanyak banyak perkara baik..kita merencana Allah merancang..kita berusaha biar Allah tentukan.

#mencari redha Allah 
*terima kasih ukhuwah 

Tambah Semangat Atau..

1:00 PM 8
Tambah Semangat Atau..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


TAMBAH SEMANGAT ATAU.. || Isnin terakhir di bulan Jun..22 Ramadhan 1437H..sudah 22 hari kita lalui suasana puasa..sudah 22 hari kita lunaskan rukun Islam ketiga ini...syukur Ya Allah..tanpa izinMU mana mungkin hambaMU berdaya untuk melakukannya..

Hujung Ramadhan...hari-hari penuh dugaan..bila hati berat untuk menikmati lailatulqadar..bersemangat untuk khatam Al Quran..minda pula asyik berkira kira memikirkan persiapan aidilfitri..isshh..syoh...syohh..sedangkan banyak kerja atau tugasan yang perlu dilunaskan,,tidak kiralah bagi yang bekerjaya mengikut waktu pejabat atau yang bersiap sedia 24 jam yang  khidmatnya sentiasa didambakan dalam rumahtangga.

Hakikat..berada di zon pertengahan ini bukan mudah..lemah kita tertewas...bersemangat in sya Allah kita berjaya...percayalah,bertambah atau semakin berkurang semangat kita bergantung pada kehendak diri sendiri tidak kurang dipengaruhi faktor sekeliling...jadi untuk tambah semangat positif...carilah sumber yang membawa diri ke arah itu..

#mencari redha Allah 
*terima kasih ukhuwah 

Jangan Terpedaya

8:00 AM 4
Jangan Terpedaya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Letih?..lesu?..adatnya tubuh kita begitu..namun berhati-hati jangan termakan dengan ipu daya syaitan kerana ia boleh menambah dengan rasa kemalasan yang di luar jangka..-Perdu Cinta-

26 June 2016

Pasti Bersebab

10:30 PM 8
Pasti Bersebab
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

PASTI BERSEBAB || Suratan dan ketentuan..adakala bila sesuatu yang kita tidak rancang ya itu kita anggap kebetulan..itu anggapan manusia.."eh kebetulan lah"...seperti biasa..jangkaan kita ini jauh ketara bezanya dengan apa yang telah Allah set untuk kita..yang kita fikir kebetulan itu sebenarnya adalah suratan dan ketentuan daripada Allah. 

Pasti Bersebab

Seringkali kita tertanya-tanya..mengapa begitu tidak begini..macam mana boleh begini sedangkan sepatutnya begitu...berselirat neuron di otak kita memikirkannya..jammed kalau diterjemahkan dilebuhraya..hihi..jawapannya satu..Allah menginginkan ianya terjadi sebegitu..

Rasa sayang..ada ke dalam hatinya tiada perasan dan rasa sayang walau setipis tisu..walau setebal kulit bawang...ada ke..kalau dia berada dalam keadaan waras fizikal..mental dan emosi in sya Allah perasaan sayang itu pasti menggebu..namun begitu semu DIA punya..

Berpisah hidup atau mati...kucing kesayangan kita mati..kita menangis itu kerana sayang*PC pun meraung la bila kucing PC mati..walaupun hari-hari dia koyakkan kulit majalah PC*..kita sedih bila kita terpaksa berpisah dengan sahabat baik kita kerana tuntutan tugas dan sebagainya..haruslah sedih..betul tak..sesuatu yang kita sayang dan mengharapkan agar ianya lebih lama bersama kita..tiba-tiba Allah ambil atau pisahkan kita..perasaan sedih itu bukan kepalang..namun lama-kelamaan percayalah kita sendiri akan menyedari bahawa setiap aturan Allah itu LEBIH banyak kebaikkannya.

#mencariredhaALLAH
*terima kasih ukhuwah 

Jangan Jeling Belakang Terus Kayuh

4:30 PM 1
Jangan Jeling Belakang Terus Kayuh
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

JANGAN JELING BELAKANG TERUS KAYUH || Sekali kita buat silap ingat jangan ulang lagi kesilapan yang sama..dah tu boleh la buat kesilapan yang lain..nak buat kesilapan yang sama tidak dibenarkan!!?..alahai..*PC sendiri tidak terkecuali langung untuk melakukan kesilapan..baik sesama insan lebih-lebih lagi dengan DIA ALLAH..lagha memanjang..istighfar banyak-banyak..jangan asyik istighfar tapi tak ada daya usaha untuk berubah..pun tidak menjadi jugakan..*..maksudnya minimumkan buat silap..maksimumkan buat baik..ha gitu..hihi ^,^

Bertindak dengan cara tidak memperdulikan...dalam sesetegah perkara..ya kita mesti ambil tahu..mesti peduli..dan bagi sebahagiannya yang lain kita cubalah abaikan..cuba jangan ambil peduli pun...sudah nama pun hidup bermasyarakat..pasti ada sahaja yang suka dan rajin menjadi pemusnah..namun tidak kurang yang suka memberi perangsang untuk kita terus bangkit melangkah ke hadapan..lebih maju..lebih positif dan lebih sedar diri menjadi hamba yang tahu bersyukur menumpang di muka bumi Allah SWT ini..

Semai niat..niat yang baik itu umpama benih yang baik..bila baik niatnya maka luruslah jalannya..in sya Allah hasilnya juga baik..ameen..walau pun sesuatu yang baik itu kadang mengambil masa yang agak lama untuk direalisasikan..namun hasilnya nanti mendatangkan kesan yang mendalam pada jiwa kita juga orang lain..jangan jeling belakang terus kayuh biarpun perlahan asalkan tidak berhenti pasti sampai ke destinasi..

#mencari redha Allah 
*terima kasih ukhuwah

Luruskan Telunjuk Itu Cukup Sekadar Bersyahadah

1:34 PM 3
Luruskan Telunjuk Itu Cukup Sekadar Bersyahadah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

LURUSKAN TELUNJUK ITU CUKUP SEKADAR BERSYAHADAH || Sepanjang seharian kita menjalani rutin harian..dalam mendirikan dan menunaikan rukun Islam kedua iaitu solat lima waktu sembilan kali kita menyebut kalimah syahadah..*PC ambil yang wajib dan fardhu ya..*pada tahiyyat awal dan dalam tahiyyat akhir..ketika itu cukup lurus jari telunjuk kita..alhamdulillah..

Selain itu,contohnya sebelum tidur kita hanya ungkapkan dibibir kemudian akuinya dihati dengan sebenar-benar pengakuan..itulah ikatan janji kita dengan DIA pencipta..justeru mengucap dua kalimah syahadah itu menjadi yang pertama dan utama dalam kehidupan kita sebagai ummat Islam dan dalam rukun Islam juga. 

Selalu terlupa..mata melihat..hati tertawan jari cepat menunjuk..baik membayar dengan wang sendiri atau sponser paksa daripada suami..*lebih baik sponser rela dapat pahala..kan..muahahaha*..ini yang selalu kita terlupa dan terlepas pandang..apa dia?..berbincang dengan pasangan dalam segenap perkara dan urusan baik besar mahupun kecil sahaja perkara itu..kerana dengan cara berbincang itu pasangan akan sangat berasa dihargai kehadirannya..khususnya suami isteri..

Boleh dielakkan..apabila telunjuk yang lurus itu kita bijak mengawalnya in sya Allah tidak akan sentiasa timbul situasi yang kurang molek..masalah saling menyalahkan juga dapat diatasi sebaiknya..kenapa..kerana ianya akan buat kita fikir banyak kali untuk menyalahkan dan lebih baik tunjuk terlebih dahulu pada diri sendiri..muhasabah diri sendiri terlebih dahulu itu dalah lebih afdhal..

#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah


Pandanglah Ke Bawah

8:30 AM 2
Pandanglah Ke Bawah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Andai satu masa nanti kita berjaya..ketika itu jangan pernah lupa memandang siapa yang setia bersama kita sewaktu kita tidak punya apa-apa..mungkin bukan harta benda yang merekan hulurkan sebagai bantuan tapi tidak mustahil doa yang berterusan..buat baiklah dengan semua insan di sekeliling kita..-Perdu Cinta-

25 June 2016

Segerakan Dengan Adab

11:00 PM 3
Segerakan Dengan Adab
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SEGERAKAN DENGAN ADAB || Dua perkara yang betul-betul buat kita berasa gembira yang betul-betul gembira..bukanlah sebelum ini kalau kita gembira itu pura-pura...ok apa dia...bagi orang yang berpuasa Allah gandakan rasa gembira padanya adalah semasa hendak berbuka puasa..satu lagi bila di akhirat kelak kita di suruh masuk ke syurga dengan rahmat Allah..yes ini gembira yang tidak dapat ditafsir oleh sesiapa pun..hanya yang merasainya sahaja yang tahu.

Daripada Sahl bin Saad RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : 

Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya mendapat kebaikan yang berterusan.
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Segerakan berbuka puasa bila berkumandang azan solat fardhu Maghrib ya..bukannya segerakan berbuka bila dengar azan solat Zuhor atau solat Asar..^^..kalau ini dilakukan oleh adik-adik atau anak-anak yang statusnya belum mummaiyyez(tidak tahu beza baik dan buruk) atau belum baligh(cukup umur) masih boleh diterima akal..atau yang memang berada dalam keuzuran..tapi kalau yang gagah perkasa..segak bergaya..sihat walafiat..alahai sedih pulak rasanya..kalau puasa yang sunnat tidak dilakukan tidak mengapalah..tapi ambillah peluang yang wajib hanya sebulan dalam setahun ini sebaik-baiknya ya..manfaatkan..yakin boleh..

Segerakan berbuka supaya boleh kita berganjak kepada ibadah seterusnya..solat..membaca Al Quran..betul tak...bergantung pada individu..ada yang lebih suka sekadar minum segelas air suam dan tiga biji kurma kemudian solat..ada juga yang lebih suka terus mengambil makanan berat baru mendirikan solat..mana-mana pun boleh ikut selesa..ikut kemampuan diri ya..apa pun sederhana dalam mengisi perut dengan makanan kerana seharian perut berehat..terkejut dia nanti..kesian..

#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah


Biar Biasa-biasa

5:30 PM 1
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Bangun pagi pergi sawah
Sambil ketawa tidak sudah
Menu apa hari ini wahai ukhuwah
Asal tidak berlebihan sudahlah

Ayam percik dikapit buluh
Kuah kacang dibungkus penuh
Gigih peniaga hingga berpeluh
Ambillah kesempatan bersedekah kerana Allah

Bangun pagi pergi sekolah
Sikat rambut belah tengah
Berbuka puasa jangan dilengah
Moga boleh diterus dengan lain ibadah

biar biasa-biasa
Air laut sedikit keruh
Bila sauh kapal dilabuh
Elok rajin bersugi tanpa disuruh
Kalau berulang kali pula menjadi makruh


Pengganti Diri

1:32 PM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

PENGGANTI DIRI || Tahun 90-an hinggalah awal tahun 2000..kad raya memang tidak asing bagi kita..bila abang posmen singgah sahaja rumah..masukkan sampul putih dalam peti surat..amboi dah boleh agak apakah itu..bila kerap sangat abang posmen singgah lama-lama abang posmen tu pun siap cakap.."adik ni dah macam artis gayanya".....hihihihihi..."kami memang main bertukar-tukar kad raya abang posmen"..dua minggu puasa babah jadi mangsa PC pergi kedai beli kad raya bukan main banyak..pergi pejabat pos beli setem pulak lepas tu...ingat mama boleh bersenang lenang ke..jangan harap..sila tolong lekatkan setem..kihkihkih...

Lama kelamaan ianya sunyi...sepi diganti dengan 1001 kemodenan..ucapan pengganti diri di alam maya..lebih pantas dan praktikal untuk dikemudi..mungkin masih ada yang mengekalkan tradisi ini[mengirim kad raya]..tapi sangat sedikit peratusannya..namun dewasa ini menjadikan kad raya sebagai pengganti diri kelihatan sudah kembali hangat..ditambah dengan pelbagai rekabentuknya..mengikut citarasa kita sendiri..ikut kreativiti kita yang lebih kehadapan lebih moden..alhamdulillah..

Alhamdulillah tinggal berbaki beberapa hari sahaja lagi anak bulan Syawal bakal muncul...PC menerima kad raya pertama daripada dua orang blogger yang tidak asing lagi iaitu  Blogger Cik Akak dan Blogger Kathyrbain..alhamdulillah...terima kasih ya...

Pengganti Diri

Kad raya pengganti diri
Daripada kalian untuk diri ini
Jauh di mata dekat dihati
Moga ukhuwah ini terus mewangi

#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah



Seruan Sudah Depan Mata

8:00 AM 0
Seruan Sudah Depan Mata
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Al Quran itu sendiri di dalamnya terkandung banyak seruan..pelbagai panduan dan peringatan untuk kita ummat sejagat..di dalamnya meliputi semua jawapan pada setiap persoalan dan kekeliruan..jadi kita sendiri berusahalah mencari seruan hidayah Allah SWT sebelum Malaikat Izrail menyeru nyawa kita untuk menjadi bakal jenazah seterusnya..-Perdu Cinta-

24 June 2016

Qanaah

10:00 PM 10
Qanaah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

QANAAH || Pening nak mencari nama anak..hihihi..apa salahnya beri nama Qanaah..moga akhlak dan sikapnya juga begitu..yang penting maksud disebalik nama itu kerana ianya menjadi satu tanggungjawab besar ibu bapa beri nama yang baik maknanya pada anak-anak..eh tiba-tiba pulakkan si PC ni..in sya Allah pandailah mereka cari nama untuk anak sendiri PC oii..ya tak ya juga..^^

qanaah

Berpada-pada..berpuas hati dengan apa yang ada..berasa cukup..itulah yang menterjemahkan frasa Qanaah..bersahabat baik dengan wasatiah iaitu sederhana..dua-dua ni kalau bargabung in sya Allah menjadikan hati seseorang itu zuhud iaitu hidupnya tidak "dikuasi" kemewahan dan keseronokkan dunia sebaliknya cinta kepada Allah dan sentiasa mengingati mati..ingat ya..tidak "dikuasai" dan bukan terus meninggalkan dunia..

Jadilah diri sendiri in sya Allah mudah untuk kita melaksanakan kehidupan harian tanpa ada rasa kepura-puraan..lebih mudah juga untuk orang lain mendekati kita begitu sebaliknya..in sya Allah..

#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah

Iklan Peluang Pekerjaan Di KEMAS

5:30 PM 11
Iklan Peluang Pekerjaan Di KEMAS
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

IKLAN PELUANG PEKERJAAN DI KEMAS || Lepas bangun tidur jangan malas-malas terus kemas katil tu..tegangkan cadar..susun bantal-bantal..bantal busuk tu selit paling bawah sebab super cute lagi semerbak mewangi..^^..dah siap makan kalau taknak kemas meja makan tak apalah ya..tapi pastikan angkat pinggan kotor masing-masing ke dalam singki..alahai..basuh la sekalikan..kalau boleh jangan la sampai mak kita kutip pinggan cawan kotor kita yang dah jadi tukun cendwan tu..kesian mak kita..penat dia..kalau tak mampu kemas semua kemaslah bahagian kita sendiri..sekurang-kurangnya kurang sikit kerja yang perlu dilakukan orang dalam rumah kita..tapi janganlah sapu tahi cicak pergi masukkan ke bilik sebelah lalu bawah dinding belebas..itu aniaya namanya..memang cari pasal..

Baik lelaki atau perempuan..tidak beli baju baru setiap bulan tidak mengapa..tidak menjadi masalah pun..kalau ada rezeki pun tak salah nak beli walau sebulan berkali-kali..itu pada PC lah..asalkan sentiasa nampak kemas dan bersih..itu sudah alkhamdulillah..selang selikan dengan koleksi baju yang ada pun cukuplah..janganlah seminggu pakai baju yang sama kecuali yang kerjanya memang beruniform..itu memang tidak boleh elak..walaupun begitu jangan pulak tak dibasuh..kesian kawan sebelah..terganggu emosi dia..mungkin tidak berbunyi di mulut tapi berkata-kata dihati kecil lagi halusnya..tak pasal-pasal berat bahu kiri kita..^^..pandai kawan tu cover..esok pagi terus bawa ridsect..nak sembur semut katanya walaupun untuk bunuh nyamuk sebenarnya..

Kemas..bukan sahaja memberi keselesaan pada kita tapi juga sedap dipandang orang lain..bukan kita saja bersemangat orang lain lebih berkobar-kobar..silap-silap orang minta petua pulak pada kita..dalam pada kongsi petua ke..atau tips yang baik-baik tu ke..apa kata kongsi juga iklan peluang pekerjaan di JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT[KEMAS] ni..siapa tahu rezekikan..boleh la cuba..borang permohonannya boleh di muat turun di SINI atau di SINI juga..nak tengok iklan jawatan yang ditawarkan nak lagi mudah klik SINI..nak muat turun borang terus ke SINI..

Moga bermanfaat ya ukhuwah semua...
#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah

Tengok Dan Dengar Dulu Soalan Baru Jawab

1:00 PM 10
Tengok Dan Dengar Dulu Soalan Baru Jawab
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TENGOK DAN DENGAR DULU SOALAN BARU JAWAB || Ini kes rindu zaman sekolah ke PC..hihi..aahlah..dulu masa sekolah bebel bila cikgu bagi kerja sekolah banyak..bebel bila hari cuti kena datang sekolah sebab ada gotong royong lah...kokorikulum la...*zaman jahil ni..masa tahu pergi balik sekolah nak pandai..belum ubah niat lagi menuntut ilmu itu ibadah...bila dah tahu seronok sahaja pergi sekolah walau bahu senget sebelah..balik sekolah naik bas berasak-asak..yang lelaki tak tahu nak mengalah..jentik dahi tu baru tahu..hihi*..

Dulu..sudah pun berlalu..dan sekarang PC masih lagi terus belajar..babah dengan mama pesan..belajarlah selagi berdaya..belajar melalui kehidupan  yang dilalui kini menjadi hamba Allah..seorang anak..anak menantu..isteri..kakak ipar..biras..dan ibu*bila tiba saatnya nanti..doakan ya..ameen*..untuk mengutip ilmu sepanjang perjalanan kehidupan ini tidak semestinya sentiasa menggalas beg dibahu..kerana pengalaman itu sukar dijangka hadirnya..baik..buruk..manis mahupun pahit ia tetap bersilih ganti menghulur salam buat kita..dan kitalah yang mengolahnya agar intipatinya kembali kepada kita agar dapat dimanfaatkan..in sya Allah.. ^^

Rasa ingin tahu yang tinggi*fikir positif walau tahu niat dihatinya*..itulah punca berjenis soalan bakal timbul..soalah cepucemas..soalan sinis..soalan cover yang pada hakikatnya nak tunjukkan si penyoal itu hebat..ada macam macam jenis..ok sebelum kita jawab setiap soalan itu dengan penuh budiperkerti yang tinggi..dengan rasa sabar dan rendah hati..dengan tidak bertentangan dengan adab dan menunjukkan kerendahan akhlak diri..sangat penting untuk kita buat persediaan mental dan emosi...kalau boleh janganlah masukkan fizikal..maklumlah perlu juga jaga tertibkan...hihi.. ^^

Tengok dan dengar dulu soalan baru jawab...PC lebih suka menggunakan pendekatan tunggu dan lihat..tunggu soalan dan lihat siapa yang memberi soalan pada PC...biasanya kita boleh agak dan rasa siapa yang rajin serang kita dengan soalan-soalan terlebih bernas..bila sudah tahu pastinya kita kenal dan boleh tahu lingkungan umur..ini sangat penting dalam memberi maklum balas kembali..*amacam sopan tak PC..walhal mata putih dah timbul urat merah..degupan jantung mengalahkan kuda gila berlari..kihkihkih*..

Bila makcik-makcik yang rajin kumpul soalan berjela tercatat dihati dan mindanya sedang asyik tunggu masa..peluang dan ruang untuk temuramah PC*ramah melampau*..walhal semuanya soalan klise..alah soalan macam wartawan melodi tanya tu..eh dah berapa lama kahwin??...kenapa belum mengandung lagi?...dah ada isi ke?..tak kerja ke?..ko duduk mana?..rumah beli sendiri ke sewa?..ha kan...sajalah tu tanya dikhalayak ramai..suara kuat-kuat..nak tengok reaksi PC...kihkihkih...PC??..*senyum lah dulu..alhamdulillah..makcik..doakan untuk saya ya..makcik ada doakan saya kan..betul tak..sebab makcik sayang sayakan..kalau ada terima kasih..siapa tahukan antara banyak banyak doa..doa makcik yang Allah pilih..ameen..*..ingat hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita..jangan kita suka mempertikai kerana kalau asyik mempertikai bererti kita mempertikai kekuasaan Allah juga.

Lepas satu babkan..kan..kan..habis kalau kawan-kawan yang tanya..sama ada yang lebih tua sedikit atau muda sedikit yang bertanya soalan yang serupa macam mana PC jawab..*macam biasalah senyumlah dulukan..alhamdulillah..hihi..eh awak percaya rukun iman tak?..yang keenam..percaya qada dan qadar..zuriat atau apa sahaja rezeki untuk kita setelah diusahakan itu juga qada dan qadar Allah tau..kenapa kita nak rosakkan iman kita dengan mempertikai apa yang bukan dibawah kekuasaan kita..Allah boleh beri dan Allah boleh ambil..jadi jaga amanah Allah yang DIPINJAMKAN pada awak..tidak khusus pada anak sahaja ya..tapi untuk keseluruhan yang awak dan saya miliki sekarang..sekarang..esok belum tentu*..adalah lebih baik kita fokus untuk perbaiki diri daripada kita fokus mencari kelemahan orang lain dan mengaibkan mereka..kerana sakitnya awak yang bakal tanggung sendiri..

Bila kita rasa berjaya dan puas bila mampu menampakkan kekurangan orang lain..berhati-hati kerana lebih mudah untuk kamu buka aib sendiri..lebih mudah kamu lakukan kesilapan dan lebih mudah kamu berasa sakit hati..ketenangan itu akan kita perolehi bila kita mula belajar untuk sentiasa mendoakan kebaikkan untuk orang lain..apabila kita sentiasa menjaga dan menjahit rapat aib sesama sendiri..tiada istilah gurauan jika ianya melibatkan maruah orang lain..tiada istilah saja-saja dalam melibatkan agama orang lain juga..jawablah dengan penuh hikmah selagi boleh..sebab kita sendiri pun mengharapkan orang menjawab soalan kita dengan penuh hikmah..

#mencari redha Ilahi
*terima kasih ukhuwah

Pelangi Kehidupan

8:30 AM 10
Pelangi Kehidupan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum..

PELANGI KEHIDUPAN || Baju kita warna warni,,tudung kita berbunga-bunga,,malahan warna warni itu menjadi salah satu sumber tenaga,,bukan tenaga luaran tetapi tenaga dalaman..semangat..ya buat kita menjadi lebih bersemangat..kalau tidak pun sentiasa..namun semangat itu sentiasa ada..insyaAllah.


Pelangi sentiasa ada untuk semua orang..namun tidak semua orang berpeluang untuk melihatnya seperti mana yang diingini..percayalah berkat kesabaran..pelangi akan muncul juga..pada setiap kesabaran hujungnya ada nikmat yang menanti..-Perdu Cinta

Kehidupan.Setiap orang liku kehidupan yang dilalui berbeza-beza..ada yang lurus sentiasa dan tidak kurang yang berliu sentiasa.Yakinlah kerana setiap daripada kita ada bahagiannya masing-masing. 

Teori dan praktikal.Dengar dan fahami.Lihat dan tafsir.Adakala kita hanya perlu mendengar kemudian dengan kadar segera memadamnya supaya virus yang negatif itu tidak terus-terusan merebak dan membusuk.Ada saatnya pula apa yang kita lihat itu wajar untuk lebih diketahui khabarnya mana tahu ianya memerlukan bantuan atau pun sokongan.Pertimbangkanlah sebaiknya.Buatlah mengikut apa yang bersesuaian.

Cukup.Kita perbaikit diri dengan mencari kelemahan pada diri sendiri itu lebih baik kerana bila kita sibuk menjeling lemahnya orang ianya akan menambah lagi kelemahan pada diri sendiri.Ingat..setiap orang takdirnya berbeza-beza,,bergantung apa yang Allah izin dan bergantung juga dengan apa yang diusahakan.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi.  

23 June 2016

Penggal Akhir

11:00 PM 13
Penggal Akhir
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

PENGGAL AKHIR || Ya PC anggap Ramadhan ini seperti madrasah untuk PC lebih perbaiki diri..in sya Allah..pastinya bukan PC sahaja berasakan begitu sebaliknya kita semuakan..memasuki malam 19 Ramadhan 1437H..subhan Allah...pantas waktu berlalu..dan seperti baru semalam kita menyambut dan mengalu-alukan kehadiran Ramadhan..dan pastinya pada malam-malam hujungnya Ramadhan ini apa yang kita semua harapkan adalah Lailatulqadar..

Pupuklah rasa tamak dihati..ini mungkin peluang terakhir untuk kita menikmati Ramadhan..hendak kejar sesuatu kebaikkan kena selalu ingat mati..bila sentiasa ingat mati itulah menjadi amaran untuk kita agar sentiasa berfikir banyak kali untuk melakukan sesuatu perkara..di bulan penuh kemuliaan dan keberkatan ini jadilah hamba yang lebih tamak..tamak untuk mencari..menambah..mengaut..melakukan seberapa banyak amalan kebaikkan dan pahala.

Biasanya yang terakhir inilah penentunya..kalau di sekolah,penggal akhir peperiksaan itulah yang paling penting sebab keputusannya itu menentukan kita ke kelas mana..betul tak..begitu jugalah dalam bulan Ramadhan ni..ada hikmah kenapa lailatulqadar itu jatuhnya pada salah satu malam ganjil di sepuluh malam terakhir Ramadhan..kerana lazimnya sepuluh malam akhir ini ummat mengalamai kecelaruan emosi..mengejar lailatulqadar atau mengejar dateline sale raya..itulah dugaan terbesarnya..kecuali bagi kaum wanita yang sememangnya ABC..

Sebagaimana kita berasa seronok menyambut kehadirannya..moga kita juga seronok memberi pengisian terbaik di dalamnya...namun jangan berasa seronok dengan pemergiannya kerana ianya bulan terbaik kalau dibandingkan dengan seribu bulan lantaran di dalamnya Allah sertakan lailatulqadar yang penuh rahsia..

#mencari redha Ilahi
*terima kasih ukhuwah

Terima Kasih Blogger CikLa

4:30 PM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TERIMA KASIH BLOGGER CIKLA || Alhamdulillah..seperti mana yang selalu PC ungkapakan setiap kali sertai mana-mana segmen atau giveaway yang dianjurkan oleh blogger.."hadiah itu rezeki..ukhuwah itu hadiah"..terima kasih Blogger CikLa kerana PC tersenarai sebagai salah seorang Top commentators Mei 2016 di blog CikLa dan juga menerima hadiah daripada CikLa bersama seorang lagi blogger iaitu Blogger Umie Yana..malahan tahniah kepada semua yang tersenarai ya..


Pengomen

Taraaaa...hihihi...cantik...alkhamdulillah..




Kalian sahabat blogger yang sudi singgah ke blog PC ini pun sebenarnya sudah PC rasakan besar nimatnya..syukur..terima kasih yang sangat tidak terhingga ya...kita saling memberi dorongan satu sama lain..apa pun matlamat kita berblog moga Allah sentiasa memberkatinya..dan kita dijauhkan daripada sebarang rasa yang kelabu..

#mencari redha Allah 
*terima kasih ukhuwah..

Bahaya Kalau..

2:00 PM 3
Bahaya Kalau..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BAHAYA KALAU.. || Semua orang terdedah dengan bahaya..kecil besar..tua muda..tidak kir walau di mana pun..waima di dalam rumah sendiri mahu pun di surau atau di masjid..kerana kemalanagan itu boleh berlaku di mana-mana sahaja..tidak terjangka..tidak terduga..kalau semua bahaya macam mana??..itulah sebabnya selalu kita dengar macam-macam pesanankan...daripada ibu ayah kita..daripada media cetak..media elektronik..kan...sudah semakin dekat dengan hari raya..semakin galaklah iklan-iklan peringatan untuk kita..

Baiklah jom kita tengok apalah yang PC nak senaraikan BAHAYA KALAU ni ya..
1. Dalam waktu-waktu sekarang ini orang ramai sudah tidak lagi menunggu hujung minggu untuk membuat persiapan raya untuk keluarga..tidak dapat sianag..malan pun boleh..jadi bahaya kalau tidak perhatikan anak-anak..beg tangan..beg duit ketika ini perlu lebih diambil kira terutama ketika bersesak-sesak berbelanja..

2. Tiada gaji awal buat pertama kalinya di tahun ini untuk sambutan perayaan..maksudnya bahaya kalau sentiasa beriang gembira keluarkan duit dalam akaun...kecuali sememangnya awak tidak perlu risau akan hal kekurangan atau kekeringan duit bila-bila masa pun...bagi yang berpendapatan sederhana...maka besederhana jugalah dalam setiap urusan ya...terutama yang perlu pulang ke kampung halaman..zakat fitrah jangan lupa bayar..

3. Bukan sahaja tuan punya kenderaan mesti sihat..kenderaannya juga perlu diservis bagi mengelakkan kerosakkan berlaku ketika dalam perjalanan..kalau dah servis..tapi masih lagi berlaku kerosakkan.atau timbul masalah..itu semua kehendak Allah..lagi satu bahaya kalau memandu dalam keadaan mengantuk..jadi..tidur secukupnya..supaya hendak beri lampu isyarat tidak pula pergi gerakkan wipper cermin hadapan..

Alahai panjang berjela lah pula..kalau ada lagi kawan-kawan tambah ya..pastinya ada banyak lagikan..namun dalam banyak-banyak BAHAYA KALAU ini....yang PC rasa paling bahaya kalau kita selalu suka bercakap perkara yang sia-sia..dan lebih bahaya kalau kita tidak sedar yang diri kita buat silap pada Allah dan sesama insan..moga dijauhkan..ameen..

#mencari redha Ilahi
*terima kasih ukhuwah

Pengharapan

8:30 AM 11
Pengharapan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

PENGHARAPAN || Selagi kita masih bernyawa.ya selagi itu kita akan terus menaruh harapan pada setiap apa yang kita hajatkan.
Berharaplah..dan teruskan pengharapan itu..kerana itu lebih baik daripada berputus asa..secebis pengharapan itu juga mampu menggerakkan kita sebagai hamba..masih ada inisiatif untuk berusaha..-Perdu Cinta-
Ukuran.Besar atau kecil bukan masalah.Sedikit mahupun banyak juga tidak menjadi permasalahannya.Mudah bukan.Namun ianya sering diketepikan kerana lazimnya kehendak itu melebihi keperluan maka yang besar itu akan diperbesar-besarkan..dan yang banyak itu akan didahulukan..apa pun kembali pada diri individu itu sendiri.

Penggerak atau pun penjana. Semangat yang berkobar-kobar itu adalah penjana atau penggerak kepada pengharapan.Biarpun tubuhnya lesu..wajahnya layu..namun selagi ada kemahuan,maka selagi itu masih ada sinar pengharapan.

A.Allah..Allah..Allah..tempat pertama untuk kita letakkan pergantungan harapan dalam segala hal..baik yang biasa atau luar biasa..sama ada perkara remeh temeh atau pun pada perkara yang berat dan serius..kalau hendak A pada semua perkara jangan berani untuk menyisihkan A yang pertama ini.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

22 June 2016

Peganglah Dengan Erat

10:30 PM 9
Peganglah Dengan Erat
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

PEGANGLAH DENGAN ERAT || Sedari alam rahim lagi kita sudah berjanji setia dengan DIA yang mencipta..namun bila lahir sahaja ke muka bumi NYA acap kali kita terlupa..moga kealpaan itu tidak lama..supaya kita tidak menjadi insan yang lupa akan setiap janji dan nikmat sementara.

peganglah dengan erat
Kredit : www.ultraupdates.com

Peganglah dengan erat..bukan pada sepasang tangan..tapi pada sekeping hati yang telah terikat pada janji..yakinlah pada setiap nafas Allah sentiasa ada untuk kita..

#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah


WW >> Sepanjang Zaman

4:30 PM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

WW >> SEPANJANG ZAMAN || Tamar atau kurma menjadi santapan Rasulullah SAW sedari zaman kehidupan baginda..sebab itu bila kita makan ianya menjadi sunnah..

Sepanjang Zaman

Sepanjang Ramdhan kurma menjadi mukhaddimah bersahur dan berbuka puasa..kalau tidak dibulan Ramadhan dah jadi macam jajan..hihi..

##mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah


WW >> Katira Pak Sudin

1:00 PM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

WW >> KATIRA PAK SUDIN || Hari-hari biasa pun ada di jual air katira nikan...terutama dipasar-pasar malam...diantara banyak-banyak balang air tu...biasanya katiralah salah satu daripadanya..merupakan salah satu air kegemaran PC sekeluarga...dan bulan Ramadhan ni air katira menjadi pilihan popular..

Katira Pak Sudin

Istimewa Homemade Katira Pak Sudin ni...ianya original tiada campuran ais...bila kita beli..balik rumah boleh la bancuh ikut citarasa sendiri...sama ada mahu ditambah ais atau dibancuh dengan air suam...bila ikut citarasa maka boleh nikmati dengan senang hati...yeyy...in sya Allah..alhamdulillah..

Berminat...mahu mencuba...sila hubungi 
019 5939747 (Puan Iza)
019 7422047 (En Sudin)

##mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah


Kalau Kena Caranya

8:30 AM 2
Kalau Kena Caranya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

In sya Allah jika kena dengan caranya..mohon campurtangan Allah..buluh pun masih boleh dilentur..biarpun lebih baik memulakan sedari rebung namun hidayah Allah itu tidak terjangka..-Perdu Cinta-

21 June 2016

Dua Kesenangan Ketara Bezanya

10:30 PM 12
Dua Kesenangan Ketara Bezanya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

DUA KESENANGAN KETARA BEZANYA || Hakikatnya hendak melakukan kebaikkan sangat mudah..terpulang sahaja pada diri..hendak atau sebaliknya..

Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya)Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik,Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga).[Surah Al Lail : Ayat 5-7]

Namun tersilap langkah tanpa nasihat dan panduan mungkin juga kita akan lebih mudah untuk melakukan kesilapan..

Orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya,Serta ia mendustakan perkara yang baik,Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;[Surah Al Lail : Ayat 8-10]
Kedua-duanya sangat mudah untuk jalan seiring..kadangkala dalam ingin melaksanakan kebaikkan itu sendiri terselit keburukkan yang tidak kita sedari begitu juga dalam pada kita asyik melakukan kesilapan terselit juga aura-aura kebaikkan yang mungkin kita tidak tahu.."matlamat tidak pernah menghalalkan cara"..namun percayalah bahawa hidayah itu milik Allah..

#mencari Redha Allah
*terima kasih ukhuwah

Jangan Cepat Jatuh Hati

5:30 PM 8
Jangan Cepat Jatuh Hati
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

JANGAN CEPAT JATUH HATI || Bercinta tiada salahnya..yang salah bila kesucian cinta itu dinodai dengan perkara yang tidak sewajarnya berlaku..jatuh cinta pun tidak salah..yang salah jatuh cinta pada yang juga tidak sewajarnya..lumrah kita manusia..mahu dicintai dan hendak mencintai..alahai PC petang-petang bercerita kisah cinta la pulak..adoilaaa..kalau cerita pasal menu berbuka ke..juadah yang super kebabomm ke..sedap sikit..ini cinta..budak tadikan pun pandai bercinta..

Pandai bercinta...dengan bijak membezakan cinta itu dua point yang berlainan..sekarang ramai yang pandai bercinta tapi tidak ramai yang tahu membezakan cinta itu..pandai bercinta lazimnya pukul rata..berbanding dengan orang yang bijak membezakan cinta..dia akan sentiasa meletakkan batasan setiap kali berhubungan..

Jual mahal itu perlu..jangan terus dikatakan sombong kerana kita sendiri perlu meletakkan sempadan bukan untuk kepentingan peribadi semata namun untuk maruah dan martabat agama yang kita sanjungi..keluarga yang kita hormati dan Allah yang kita cintai..

Rapuh..sila jangan cepat jatuh hati..takut-takut cepat juga jatuh tidak berdaya bangkit lagi..lebih baik berhati-hati supaya tidak disesali nanti..jatuh hati memlibatkan banyak hati..pasti kalau sakit..sakitnya juga tidak terperi..kalau berjaya itu rezeki daripada Ilahi..syukuri..di bulan mulia ini..berhati-hati..jangan juga mudah jatuh hati pada juadah yang tersusun rapi..

#mencari redha Ilahi
*terima kasih ukhuwah

Sudah Boleh Kuasai

1:30 PM 6
Sudah Boleh Kuasai
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Sayur kangkung goreng belacan
Di atas meja dihidang bersama ikan 
Sudah berkurang rasa kelesuan
Masuk minggu ketiga kita di bulan Ramadhan

Sudah Boleh Kuasai

Pergi paya mencari lokan
Mencari lokan dengan Pak Atan
Sudah boleh sesuaikan badan
Bangun awal menjamah makanan

Tadarus Al Quran di sana sini
Setiap waktu ada kuliahnya
Mula-mula berasa lenguh mulut dan gigi
Lama kelamaan pasti seronok jadinya

Awal-awal rasa lenguh
Setahun sekali buat bersungguh
Ada lapan ada dua puluh
Sambil beribadah tubuh berpeluh




Seiringkan

8:00 AM 8
Seiringkan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Angin..dapat dirasa namun tidak terlihat dek mata..ya kita yakin hadirnya kerana dapat dirasa..hendak yakin kita perlu melihat..bukan sahaja dengan pandangan sepasang mata..tetapi lebih-lebih melihat dengan tulusnya mata hati..-Perdu Cinta-


20 June 2016

Cantikkan Iman

11:00 PM 4
Cantikkan Iman
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

CANTIKKAN IMAN || Sebut sahaja cantik mesti bayangkan luaran..wajah..pakaian..perhiasan..daripada hujung rambut hinggalah hujung jari..tapi semuanya luaran..betul la tu..luaran sahaja pun yang kita nampak..sekali atau sekilas pandang zaapppp kita pandang apa yang terpamer kelibat dihadapan mata..kalau buat pembedahan sekalipun kita tidak boleh tahu apa yang tersirat dihati orang lain..cuma Allah dan tuan badan sahaja pun yang tahu..kecualilah orang tu kongsi isi hatinya pada orang lain..

Orang lain itu mampu menjadi penyumbang terbesar dalam membawa kita ke arah yang baik atau sebaliknya..begitu juga kita..aura pengaruh..terikut atau sebaliknya  bergantunglah pada diri sendiri..hendak selamat cantikkan iman kita..kerana iman itu umpama benteng besar dan kebal..selain itu..

Daripada Abu Hurairah RA juga, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, 

Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik-baik atau mendiamkan diri.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Iman itu bukan sekadar dirasa pada jiwa tapi diluah juga dengan tingkah..buktikan dengan perbuatan kerana ianya sebagai tanda juga kasih kepada Allah.. 

#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah

Jangan Ditambah Lagi Kecil Dan Tipisnya

5:30 PM 1
Jangan Ditambah Lagi Kecil Dan Tipisnya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

JANGAN DITAMBAH LAGI KECIL DAN TIPISNYA || Banyak yang Allah rahsiakan daripada kita..supaya kita sabar dan tidak malas untuk berusaha..supaya kita tahu meletakkan kebergantungan semuanya terhadap DIA..*walau kadang hati sering menyerong anggap..istighfar*

Kita buat baik pahala itu juga rahsiakan..kita buat perkara sebaliknya ya dosa juga dirahsiakan..tapi Raqib dan Atid tidak pernah mohon cuti daripada Allah untuk melunaskan tugasnya..moga kita tidak pernah cuti dan lelah pada perkara kebaikkan..ameen. 

Alhamdulillah kita masih lagi berada disuasana Ramadhan..hargailah dan hayatilah dengan sebaik-baik pengisian.sedayanya kita..semampu yang boleh untuk kita mencari dan mengejar keberkatan dan kemuliaan di bulan yang sentiasa dinanti-nantikan ini.. 

Pintu-pintu neraka ditutup..pintu-pintu syurga dibuka..syaitan dan iblis dirantai..peluang untuk kita semua..jangan biar nafsu bermaharajalela di jasad kita..tidak usah benarkan dia mengecil dan menipiskan setiap pahala pada setiap amalan yang kita telah lakukan..

#mencari.redha.Allah
*terima kasih ukhuwah