07 May 2016

Tradisional??..Moden!!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

TRADISIONAL??..MODEN!!  || Tiada dulu tiada sekarang..tiada yang lama tiada juga yang baru..*cuma Allah SWT yang tiada baru tiada lama,tiada anak dan tidak diperanakkan..berdiri dengan zat dan sifatnya sendiri*..YANG PENTING IKTIKAD DI HATI KITA ITU..apa sahaja KERANA DIA..dengan IZIN daripada NYA..

tradisional??..moden!!

Hiburan..makanan..permainan..apa lagi..owh..perubatan..inilah yang seringkali kita bahaskan sesama sendiri.."PERUBATAN TRADISIONAL"..kemenyan untuk berasap,sireh,limau purut atau limau nipis,telur ayam kampug..ini sebahagian yang boleh PC senaraikan malahan banyak lagi barang-barang mengikut kehendak pengamal perubatan tersebut..dan sebagai pesakit yang memerlukan rawatan sedaya boleh akur dan cuba untuk memenuhi..Pendapat masing-masing...ada yang terus menolak kaedah ini..mungkin dirasakan khurafat dan berdosa besar kerana percaya dan terlalu bergantung pada bomoh,pawang,dukun atau bidan..bagaimana dengan istilah dan kaedah PERUBATAN ISLAM..satu lagi solusi untuk membantu pesakit yang mengalami penyakit misteri..atau bahasa mudahnya yang sering digunakan "sakit kampung"..bila sebut sakit kampung maka fahamlah bahawa hospital dan klinik tidak dapat mengesan apa status penyakit tersebut yang dialami pesakit..*tapi dah kalau sah-sah memang penyakit itu memerlukan ubatan daripada hospital dan rawatan khusus..jangan pula menafikannya dan memilih kaedah lain*

Hospital dan klinik..bagi yang lebih berlapang dada untuk ke arah moden..ya pastinya hospital dan klinik menjadi rujukan utama untuk mengesan segala penyakit yang dialami..yang dihidapi...tidak salah..tidak juga silap..ya silakan..terpulang pada diri masing-masing untuk memilih dan seterusnya membuat keputusan...baik mendapat perkhidmatan itu dari hospital kerajaan mahupun swasta terserah anda untuk mencari kepuasan pada diri sendiri..go on..atau mungkin boleh juga menggunakan khidmat pakar di luar negara bergantug pada kesesuaiannya dan kemampuan kita yang berbeza-beza..

Secara jujurnya pada pendapat PC..apa sahaja usaha kita...apa sahaja keputusan yang bakal kita lakukan...niatkan usaha dan serahkan semuanya kepada Allah SWT..baik melalui kaedah moden..atau tradisional..jangan sampai meletakkan kuasa penyembuhan itu datangnya selain daripada Allah..tidak salah juga andai kita menggabungkan kedua-duanya asal tidak memudaratkan..IKHTIAR..jika kita menolak tradisional mahupun perubatan Islam sebaliknya lebih fokus kepada moden..ingat ya doktor,,ubat-ubatan tiada kuasa menyembuhkan yang mereka boleh lakukan praktikkan apa ilmu yang mereka ada dan pelajari untuk merawat pesakitnya...begitu juga bagi yang menolak rawatan moden..siapa pun yang kita temui ustaz.ustazah,,bomoh,pawang,dukun atau bidan ya mereka juga tiada kuasa untuk menyembuhkan pesakit itu..kecuali dengan izin Allah juga..

Dalam pada kita menolak sesuatu jangan juga dalam masa yang sama kita merosakkan sesuatu yang lainnya..Allah suruh kita berusaha..cara bagaimana kita berusaha itu terserah pada diri masing-masing..asal tidak merosakkan akidah dan iktikad kita padaNYA..

*terima kasih ukhuwah..



8 comments:

  1. Kita hanya merancang/berusaha, Allah menentukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..setuju...hujungnya serah pada Allah ☺

      Delete
  2. KITA HANYA BERUSHA CARI RAWATAN/UBAT XKIRA DARI DOKTOR R PERAWAT ALTERNATIF YG SEMBUHKAN ALLAH JUA,,,

    ReplyDelete
  3. Tak kisah perubatan moden, islam @ tradisional,yang penting kita berusaha untuk mengubati penyakit kita..sembuh atau tidak, itu semua kuasa dariNYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat..itulah yang wajar kita lakukan.. 😃

      Delete
  4. Usaha tuuu penting :) baru tawakal.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..