07 May 2016

Syukur Selalu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum..

Pisang tanduk masak ranum
Asyik di intai si burung pipit
Kenapa tersenyum
Adakah sedang menikmati kegembiraan yang sedikit

>>hargai..syukurlah selalu..kerana ada yang sedang mengelap air mata..sedang kita Allah beri nikmat gembira..>>

 lili putih

Bunga lili warna putih
Tiga kuntum membawa maksud tersirat
Tidak usah diungkit perkara sudah-sudah
Tidak perlu tambah rasa sakit

>> buang jauh jauh..kalau baik jadikan tauladan kalau sebaliknya campak sampai sempadan..hehe biar ikan jerung makan >>

Badak sumbu suka berendam
Sudah memang lagaknya begitu
Sebelum buat keputusan fikir dalam-dalam
Supaya kelak tidak buntu

>>menyesal kemudian hari tidak berguna..tapi dah kalau nak berlaku..nak terjadi..hai lekas bangkit>>

Ting ting gula batu
Rambut kerinting ikat satu
Selamat beristirehat di hari sabtu
Moga ukhuwah sihat selalu

>>menu apa hari ini..hehehe..ikat lembu guna tali..pikat perut dengan menu daripada hati>>

3 comments:

  1. Enak sungguh si kuih sagu
    Gula melaka dibuat kuah
    Hari Sabtu berhujung minggu
    Riadah keluarga rapatkan ukhwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...amin...yeyyy pantun.. 😆

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..