26 May 2016

Gaji Rahsia

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

GAJI RAHSIA || Siapa yang tidak suka seharian letih bekerja lima hari seminggu..malahan ada yang bekerja setiap hari dan istilah cutinya hanya apabila sakit..kemudian hari yang dinanti-nanti tiba..."yeyyy gaji"..bagi yang bekerja tetap itulah rutin setiap hujung bulan namun kegembiraannya tetap terasa..nak-nak yang betul-betul sangat memerlukan duit..yalah masalah kadang sukar ditelah..kadang baki gaji bulan lepas mampu buat kita tersenyum lagi..tidak kurang ada masa senyum pinang muda..kelat memanjang..*sabarlah*..

Bermajikan...setimpal atau tidak apa yang kita perolehi itu bergantung dengan usaha yang kita lakukan..kerja yang kita lunaskan...ya kita ada majikan yang sentiasa memerhatikan hasil kerja kita..yang sentiasa pantau pergerakkan kita..yang asyik mengharapkan kualiti dan kuantiti kerja terbaik daripada kita..*ini pengalaman PC yang pernah bekerja lebih kurang empat tahun ya..hehehe..*..sesekali ditegur itu biasa..sesekali dimarah itu juga biasa..ambil pengajaran dan jadikan ingatan...

Jadikan ingatan..kalau kita rasa kita kerja lebih tapi hasilnya kurang tidak mengapalah...kalau kita rasa kita buat kerja lebih sedangkan orang lain duduk dikerusi sambil makan donat panas tapi dapat gaji dan layanan lebih baik daripada bos..biarkan..sekiranya waktu rehat kita cuma waktu solat sedangkan orang lain boleh melilau ke sana ke mari dengan senyum sinisnya 360 darjah boleh buat jiwa kita membahang seterusnya hangus rentung alahai silakan...kerana tidak semua apa yang kita lakukan majikan mampu lunaskan dengan bayaran tunai...kerana ada sebahagiannya majikan kepada seluruh majikan di alam ini akan membayarnya dengan pahala...in sya Allah..

Hari ini ketiak kita masam berpeluh buat banyak kerja...hari ini tumit kaki kita rabak berjalan ke sana sini kerana berurusan..hari ini perut kita masuk angin kelaparan mengejar "dateline"..bersabarlah moga dengan keikhlasan kita Allah ganti dengan nikmat keharuman yang luar biasa...amin..

*terima kasih ukhuwah...

2 comments:

  1. Berakit rakit ke Hulu... Berenang renang ke tepian. Bersakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian.....

    Btw, awk ditag..

    http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/05/pencarian-bloglist-june-2016.html

    ReplyDelete
  2. apatah lagi bagi mereka yang hanya dapat sehari sahaja cuti dalam seminggu, bersabarlah. Setiap usaha pasti ada hasilnya, semoga gaji yang kita terima diredhai Allah SWT :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..