29 April 2016

Unik!!..Ada Pada Setiap Episodnya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..


unik
Google Image

UNIK!!..ADA PADA SETIAP EPISODNYA || Ada orang suka pandu kereta laju-laju walaupun jalan raya tu bukan dia punya sendiri..kan kongsi tak gitu..ada orang suka tengok cerita tamil setiap hari Ahad tv 2 jam 2 petang..ada orang walaupun dah beranak pinak masih suka tengok kartun..nampak tak citarasa setiap orang tidak sama..walau pun dulu masa kecil-kecil mak suruh makan satu talam dengan adik beradik untuk eratkan kasih sayangkan..tapi bila dah dewasa masing-masing ada gaya tersendiri..mutu keunggulan berbeza..*jadikan perbezaan itu dorongan kelandasan positif bukan dipandu ke arah warna-warna yang kelabu dihati*

Allah menjadikan setiap kita satu set yang berbeza satu sama lain..contoh??..cap gari..10 orang pakai minyak wangi yang sama..diantaranya ada yang pergi ambil telur ayam tanpa izin..bila pemiliknya buat laporan macam mana polis nak siasat..sila cari padanan cap jari..ha masa tu minyak wangi mahal pun tak guna dik untuk penyamaran...hehe..sebab itulah bila ada kes-kes yang berlaku...unit forensik gigih membuat siasatan dan kajian..

Keunikkan itu ada pada setiap yang kita lalui..setiap hari berbeza...setiap orang tidak sama..setiap perilaku ada kelainannya..macam sama tapi tidak serupa..seakan-akan itu ada..seiras itu mungkin...hakikatnya Allah cipta kita dengan kelebihan dan kekurangan tersendiri..adanya kekurangan pada manusia itu bukan maksudnya Allah tidak sempurna atau tidak hebat enjadikan sesuatu hakikat sebaliknya berpunca daripada kelalaian diri kita sendiri..subhanAllah..moga uniknya kita ini menjadi tauladan yang baik untuk diikuti..in sha Allah..amin..

^^terima kasih ukhuwah..

1 comment:

  1. Perbezaan, keistimewaan dan kelemahan membuatkan kita semua saling melengkapi antara satu sama lain ke arah perpaduan, in shaa Allah...

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..