02 April 2016

Insan Kerdil

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum.. 


Siang..dan malam terus bersilih ganti..di mana kita..masih di sini atau sudah berganjak ke sana kerana kesedaran pada hati dan jiwa yang dahulunya buta dalam celik..masih mencari..itu lebih bagus daripada mematikan apa yang sepatutnya hidup..iman..

Andai kita meletakkan kepercayaan kepada manusia 100 peratus..mengapa tidak kita meletakkan kepercayaan kepadaNYA 500 peratus..bukankah DIA lebih mengenal kita..cuma kita yang lazimnya sombong tidak mahu lebih mengenaliNYA..hendak bermurah hati berpada-pada..hendak kedekut juga lebih harus berpada-pada..

Kegelapan..siapa yang tidak takut pada kegelapan..tapi sedarkah kita sebenarnya kita sendiri yang menggelapkan apa yang sewajarnya terang benderang..yang perlu kita kisahkan..pedulikan adalah kehidupan selepas kematian kelak..dentuman guruh dilangit sudah cukup menggerunkan bagaimana tiupan sang sangkakala kelak..tiupan mematikan dan membangkitkan tanpa seurat benang pun pada setiap tubuh..Allahu.

kerdil
Google Image Gif

Bulan menerangi malam..mentari menyinari siang..bangkitlah menjadi insan-insan bercahaya..harumnya dapat dihidu bidadari-bidadari syurga..cari dan kejarlah hidayah Allah bukan menanti dan menjauhi..apa yang kita ingini dengan apa yang kita perlukan adalah sangat ketara bezanya..ironinya apa yang Allah beri itulah sebaik-baik pilihan nikmat rezeki..

6 comments:

  1. Bersyukur atas apa jua yang dikurniakan kepada kita. Alhamdullilah, moga kita gunakan semuanya ke arah kebaikan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...amin...amin...in sha Allah siqah.. :)

      Delete
  2. harapnya saya dan semua dapat menjadi manusia yang lebih baik =)

    ReplyDelete
  3. nice shahring...
    singgah petang... http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..