Amaran Keras

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalammualaikum..

AMARAN KERAS || Ada ketika kita perlu dikejutkan dengan cara yang sedikit tegas...itupun kalau cara lembut tidak berapa nak jalan...tegas bukan ganas...tegas bukan mengkasari...halusi dan tafsir betul-betul..tengok juga,bukan cakap sekali tak nak ikut atau dengar terus bantai melulu...berhemah dan penuh hikmahlah ketika berbicara...ingat...penerimaan orang berbeza-beza..dan cara hendak menyampaikan pun banyak cara...bukan hentam semacam..

Semacam atau bermacam-macam itulah kita sukar ditelah (diduga)..tidak sentiasa pada landasan yang lurus sebaliknya sesekali seakan serong juga...rapuh..ya...tulang rapuh...atau gigi rapuh cukup merisaukan bukan...hakikatnya yang lebih BERBAHAYA iman yang rapuh...nauzubillahiminzaliq..

Surah Al Insaan mengandungi 31 ayat..PC sangat tertarik pada surah ini kerana ianya menjadi motivasi selain menjadi amaran keras kepada kita insan di muka bumi Allah ini...buat baik pasti di balas baik...dan sebaliknya...


Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. (Ayat 3)



(Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang. (Ayat 4)


Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur"(matair di Syurga) (Ayat 5)

Ingatlah setiap nikmat syurga kerana itu sedikit sebanyak merantai diri kita untuk tidak berbuat perkara yang kurang baik..in sya Allah...

💖terima kasih ukhuwah●•°
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Terima kasih PC untuk peringatan yang dicatatkan ini. Siapa pun kita, jika tidak diingatkan akan menjadi leka dan alpa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama kak...PC sendiri pun perlukan teguran dan nasihat daripada sahabat-sahabat lain juga...

      Padam
Terbaru Lebih lama