30 April 2016

Memang Sangat Peduli

11:00 PM 2
Memang Sangat Peduli
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

MEMANG SANGAT PEDULI || Rapat tidak bermakna akrab..akrab tidak pula semestinya bersatu..*adakala berbeza pandangan mungkin..itu adatlah manusia*..namun yang paling beruntung bila punya kawan yang sentiasa ada bila kita berada dalam kondisi malap berusaha untuk menarik kita kepada situasi yang lebih terang dan jelas...subhanAllah..

Memang Sangat Peduli
Google Quotes

Tidak mengapalah jadi kawan yang biasa-biasa sahaja asalkan menjadi yang sangat luar biasa tatkala sahabat lain ditimpa ujian...

*terima kasih ukhuwah..

Setiap Masa..Di Mana Sahaja

5:00 PM 2
Setiap Masa..Di Mana Sahaja
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

SETIAP MASA DI MANA SAHAJA || Every times..everywhere..ececeh...cakap omputih pulak..hehe..alah sikit-sikit..apa khabar semua...selamat petang...dah hari sabtu...dah nak beralih ke bulan Mei...alhamdulillah...

Setiap masa di mana sahaja pasti adanya kelahiran...setiap hari setiap masa yang cuma kita tidak tahu...tapi kalau jururawat dan doktor yang hari-hari dihospital...ermmm pastinya mereka sudah tidak hairan lagi...moga lebih ranai mujahid dan mujahidah soleh solehah kelak...

Setiap masa di mana sahaja ada juga kematian..kerana tua,sakit,jantina bukan syarat untuk menghalang malaikat Izrail melaksanakan tugas maka sakaratulmaut itu tidak pernah lekang di alam ini..andai kita diberi peluang untuk melihat wajah malaikat Izrail..andai kita dapat merasa dan melihat bagaimana deritanya jasad tatkala nyawa hendak diambil...pastinya kita tidak pernah berani untuk ingkar dan mungkar..Allah rahsiakan untuk uji iman kita..supaya kita sentiasa ingat adanya balasan buruk di akhirat kelak..

Bertemu...berpisah...setiap masa situasi ini terjadi..kekal atau sementara itu yang membezakannya..kegembiraan..mahupun kesedihan juga sentiasa terlakar..setiap detik terukir..bagaimana itu bergantung pada cara masing-masing...tidak kira masa...tidak kira di mana kalau kita boleh lakukan kebaikkan tidak mustahil boleh juga terjadinya keburukkan..maka pandai-pandailah bawa diri ya...

😉terima kasih ukhuwah ●•°○

Pertemuan

1:00 PM 2
Pertemuan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

PERTEMUAN || jumaat -SABTU- ahad...Johor,Terengganu,Kelantan dan Kedah cuti hujung minggu bermula hari Jumaat dan Sabtu manakala baki negeri selainnya cuti hujung minggunya adalah Sabtu dan Ahad..kecuali yang bekerja swasta atau di jabatan-jabatan tertentu...jika pasangan atau ahli keluarga berada di bawah satu sektor mungkin tidak menjadi masalah..sedikit masalah bila berlainan sektor...tidak mengapalah..mungkin hari SABTU itu boleh dijadikan SATURDATE seisi keluarga..

Seisi keluarga itu mewah dengan pelbagai ragam..maklumlah beza umur,jantina,pemikiran..semua tidak sama..namun kalau kita bijak setiap perbezaan itu akan mampu mewujudkan satu suasana yang sangat harmoni..jadikan perbezaan itu alasan untuk cari titik kesefahaman bukan satu benteng menghalang kebahagiaan bersama..

Moga kita sentiasa bersama-sama menghargai setiap pertemuan yang diberi oleh Allah..pertemuan itu tidak bermakna bila kita bertemu sesam insan sahaja..malahan setiap perjalanan hidup kita pastinya kita melalui banyak pertemuan..fikir-fikirkan..

*terima kasih ukhuwah..

Patah Balik

9:00 AM 5
Patah Balik
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

Bergembiralah kerana manggembirakan...Berbahagialah kerana membahagiakan..hakikatnya..kebaikkan itu akan datang kembali kepada kita apabila kita memberi kebaikkan kepada orang lain...in sha Allah..-Perdu Cinta-

29 April 2016

Jangan Pernah Berhenti

10:30 PM 7
Jangan Pernah Berhenti
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum..

JANGAN PERNAH BERHENTI || Dalam melakukan perkara kebaikkan jangan pernah bercita-cita untuk berhenti kerana itulah yang bakal bantu kita di sana kelak..setiap kebaikkan itu diterima atau tidak oleh Allah SWT..itu bukan urusan kita..yang penting niatkan kerana DIA...berapa banyak juga pahala yang terkumpul juga bukan urusan kita..itu tugas malaikat yang mencatat dengan perintah Allah SWT juga...

JANGAN PERNAH BERHENTI berusaha untuk berubah kepada kebaikkan...daripada zaman kegelapan akibat kejahilan beralih arahlah kepada satu babak yang membawa diri kita ke lembah yang mendamaikan...bersih dan selamat..memanglah bukan mudah...tidak semudah bercakap...betul...itulah hakikatnya...bila susah di situ ada usaha..di situ ada jihad...di situ ada syahid andai terkandas dan terkorban...bilan nyawa di ambil Izrail...ketika itulah terhentinya semua..namun jangan lupa episod kahidupan baru bermula bergantung sepenuhnya pada setiap amal kebaikkan..in sha Allah..

^^terima kasih ukhuwah..

Unik!!..Ada Pada Setiap Episodnya

5:00 PM 1
Unik!!..Ada Pada Setiap Episodnya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..


unik
Google Image

UNIK!!..ADA PADA SETIAP EPISODNYA || Ada orang suka pandu kereta laju-laju walaupun jalan raya tu bukan dia punya sendiri..kan kongsi tak gitu..ada orang suka tengok cerita tamil setiap hari Ahad tv 2 jam 2 petang..ada orang walaupun dah beranak pinak masih suka tengok kartun..nampak tak citarasa setiap orang tidak sama..walau pun dulu masa kecil-kecil mak suruh makan satu talam dengan adik beradik untuk eratkan kasih sayangkan..tapi bila dah dewasa masing-masing ada gaya tersendiri..mutu keunggulan berbeza..*jadikan perbezaan itu dorongan kelandasan positif bukan dipandu ke arah warna-warna yang kelabu dihati*

Allah menjadikan setiap kita satu set yang berbeza satu sama lain..contoh??..cap gari..10 orang pakai minyak wangi yang sama..diantaranya ada yang pergi ambil telur ayam tanpa izin..bila pemiliknya buat laporan macam mana polis nak siasat..sila cari padanan cap jari..ha masa tu minyak wangi mahal pun tak guna dik untuk penyamaran...hehe..sebab itulah bila ada kes-kes yang berlaku...unit forensik gigih membuat siasatan dan kajian..

Keunikkan itu ada pada setiap yang kita lalui..setiap hari berbeza...setiap orang tidak sama..setiap perilaku ada kelainannya..macam sama tapi tidak serupa..seakan-akan itu ada..seiras itu mungkin...hakikatnya Allah cipta kita dengan kelebihan dan kekurangan tersendiri..adanya kekurangan pada manusia itu bukan maksudnya Allah tidak sempurna atau tidak hebat enjadikan sesuatu hakikat sebaliknya berpunca daripada kelalaian diri kita sendiri..subhanAllah..moga uniknya kita ini menjadi tauladan yang baik untuk diikuti..in sha Allah..amin..

^^terima kasih ukhuwah..

Selesa

12:09 PM 9
Selesa
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

SELESA || Salam Jumaat semua ukhuwah..Jumaat terakhir di bulan ini..si bulan April..kaum lelaki pastinya sedang bersiap sedia untuk pergi ke masjid..mungkin ada yang bergerak dari tempat kerja kerana kemudian akan masuk ke pejabat semula..atau tidak kurang yang sempat pulang ke rumah..terpulanglah pada keselesaan masing-masing..kaum wanita yang bekerja waktu ini lah pergi mencari makanan dengan kawan-kawan..sementara nak tunggu azan zuhor..mungkin juga ada yang balik tengok anak di rumah pengasuh..hantar stok susu..atau direct bf..alhamdulillah..

Alhamdulillah bagi negeri yang cutinya Jumaat dan Sabtu..ya hari ini sudah mula mengemas rumah..bersama anak-anak..masa ini juga berkongsi cerita sepanjang 5 hari yang sangat terhad untuk bersantai...subhanallah..ikutlah keselesaan masing-masing ya...

Selesa..semua orang mencari keselesaan dalam kehidupan..daripada keselesaan itu baru terasa ketenangan...in sha Allah..tapi janganlah fikir selesa kita saja hingga orang lain rasa tidak selesa..padahnya hati kita yang bakal tidak tenang..tak percaya??..cubalah..kecuali memang hati kering tak peduli orang..bahasa kasarnya yang penting "lepas tengkuk sendiri.."...alahai kesian orang lain..tak maulah macam tu ya...

Selesa dunia belum tentu selesa di akhirat...selesa diakhirat mungkin juga disebabkab pengorbanan sedikit selesanya kita di dunia..mungkin ya..apa pun keelesaan di dunia jangan sampai musnahkan keselesaan yang sepatutnya kita kecapi di sana kelak..

*terima kasih ukhuwah.. :)



Teliti Betul-betul

9:00 AM 4
Teliti Betul-betul
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

...yang mudah jangan terus diletakkan dibawah...yang sukar jangan segera dipinggir ke tepi...adakala yang mudh itu sangat memberi makna pada kehidupan kita..seringkali juga yang sukar itu mendidik kita..
-
Perdu Cinta-

28 April 2016

Stalker Super Power

11:30 PM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

STALKER SUPER POWER || Sekarang maklumat dihujung jari...tik tok...tik tok..tip tap..tip tap...klik..klik...dah dapat maklumat...cuma kena bijak pilih maklumat saja ya..teknologi tidak salah kalau pandai dan betul kita manfaatkan...tapi dah kalau salah guna...silap pilih...ermmmm faham-faham sendiri ya...

Adakah kita seorang stalker...kita sendiri saja yang tahukan...sebagai blogger rasanya ya...stalker itu dah macam satu kemestian...betul tak...ke PC silap...hehe...blogger bukan sekadar saling follow blog masing-masing...tapi ikuti setiap entri yang dikongsi..yang baik ambil jadikan ilmu berguna...in sya Allah...

Jangan lupa..

Stalker terhebat


&

M A L A I K A T

...adalah stalker super POWER...

😆terima kasih ukhuwah...

Sejuk Hati

5:30 PM 4
Sejuk Hati
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

SEJUK HATI ||Asalnya daripada sepasang mata yang melihat..apa pun yang kita lihat pasti sampai kepada akal dan hati kita..MATA - HATI - AKAL(OTAK/MINDA) hingga lahirlah rumusannya..

Sejuk Hati
Google Image

Baik yang kita nampak maka baiklah tafsirannya...buruk yang kita lihat maka kurang baiklah tanggapannya..itu memang automatik..bukan di buat-buat..pandangan pertama..tafsiran pertama...dan kemudian barulah akan ditapis dengan budibicara iman..ilmu dan mungkin pendapat peribadi...sebab itulah ada istilah debat...kalau pun tidak berdebat dengan pihak lain...berdebatlah dengan diri sendiri...tapi jangan terlebih emosi..

Adakala yang kita lihat itu tidak semestinya ia begitu..jadi jangan mudah buat tafsiran dan menyebarkannya..mungkin saat itu..ketika itu ianya kejadian pertama berlaku dihadapan mata kita...sedangkan sebelum ini tidak pun sebegitu...tidakkah kita berdosa terusan membuat kesimpulan membuta tuli...jadi...pandang...istighfar...in sha Allah ok..

Sejuk hati melihat perkara baik depan mata...sejuk hati mendengar ungkapan sopan pada telinga..sejuk hati bila dikhabarkan dengan perkhabaran membahagia...tapi hidup bukan begitu..sesekali seakan diuji dengan kehangatan juga..terimalah apa adanya..mungkin itu rencah untuk buat kita lebih dewasa mengemudi kehidupan..

*terima ksih ukhuwah..

Guruh

12:08 PM 1
Guruh
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

GURUH || Kuat..bercahaya bila disertai kilat..bergegar..dentuman..sabung menyabung...ada orang relax saja bila dengar guruh...tidak kurang yang sembunyi bawah katil dalam bilik stor..budak-budak yang takut sangat tidak mustahil menangis mereka...sekiranya wayar bumi pada elektrik bermasalah ianya boleh menyebabkan barangan elektrik di rumah kita hangus terbakar...guruh pun ciptaan Allah..

hujan
Google Image

Bila dalam keadaan El Nino dan jerebu seperti sekarang...mendengar guruh sesuatu yang menyenangkan hati..ditambah dengan langit yang gelap gelita.."wah nak hujan la..alhamdulillah.."..namun ingat guruh dan mendung tidak bermakna hujan bakal turun..sebab itulah ada pepatah "guruh dilangit air tempayan jangan dicurahkan.."..guruh waktu senja mungkin itu amaran daripada Allah supaya kita pulang ke rumah..sekiranya berada dalam perjalanan berhenti seketika bersolat jika waktunya atau rehatkan diri...

Banyak sungguh cara Allah ingatkan kita...cuma kita sahaja sedar atau tidak mengenainya..

*terima kasih ukhuwah..

Adilkah

9:00 AM 5
Adilkah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

Mengelak bukan caranya...menafi bukan kaedahnya..serah diri mungkin ianya satu solusi..solusi yang seringkali manusia ingkari..mencari apabila terasa sakit tersunggkur..terasa pedih disakiti..adilkah kita pada DIA PENCIPTA..-Perdu Cinta-

27 April 2016

Perbetulkan Sikit

10:32 PM 7
Perbetulkan Sikit
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum..

PERBETULKAN SIKIT || Daripada cita-cita dan impian itu beserta dengan usaha barulah jadi kenyataan in sha Allah...kalau tak ada cita-cita...tak ada impian bagaimana untuk merangka kejayaan..semua Allah dah sediakan kita tinggal usahakan sahaja..sebab adatakdir yang boleh berubah dek usaha dan ada takdir yang sememangnya tetap..

Perbetulkan Sikit
Google Quotes

Berangan tak salah..percuma pun..tapi jangan berlebihan hingga lalai itu dah lain jadinya..senaraikan seberapa banya impian..cita-cita..cuba penuhi satu persatu...tak berjaya tidak semestinya terus gagal..berjaya bukan hari ini usaha esok terus berjaya..mungkin hari ini usaha...10 tahun akan datang baru nampak kejayaannya..masa itu yang Allah rasa kita patut kecapi kejayaan..maka berlakulah ia...maka BERSABARLAH..

*terima kasih ukhuwah..

Ww || Setelah 11 Tahun

2:00 PM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

WW || SETELAH 11 TAHUN 》Al Fatihah...
Setelah 11 tahun

Ketika umur PC 9 tahun

PC : Pokok apa tu nyanyei (nenek dalam bahasa jawa...yes iallss javanis..kihkihkih)
Nyanyei : Pokok bunga kenanga la..
PC : Kenapa tanam depan pintu rumah baba mama..*kepoci sangat..*
Nyanyei : Nanti bila nyanyei dah tak ada bila bukak pintu je..nampak pokok bunga kenanga ni cepat-cepat hadiahkan pelita.. (Al Fatihah maksudnya)
PC : Ok...*sambil kebil kebil tengok nyanyei cangkul tanah*

2005 Allah ambil nyanyei...11 tahun berlalu...ya bila balik kampung...setiap kali buka pintu...keluar rumah...pokok ini yang pertama akan dipandang...setiap kata-katanya segar kembali...kenangan bukan sahaja diingati malah dinikmati harumnya..

Baba : ini ubat rindu baba pada mak baba..
PC  : *beban rindu dapat dilihat dari mata baba*..

😢terima kasih ukhuwah...



WW || Doktor Tidak Bertauliah

1:00 PM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

WW || DOKTOR TIDAK BERTAULIAH 》Ole-ole daripada kampung..

Nangka

Bila balik kampung kalau waktu pokok buah buahan sedang berbuah adalah rezeki kami...kali ini nangka..masa bawa balik...belum pun masak sangat...dua tiga hari layan bau....akhirnya PC jadi doktor tak bertauliah bedah nangka...hehe...getahnya tu alahai...😅😢


Tepuk Pipi Sedarkan Diri

9:00 AM 12
Tepuk Pipi Sedarkan Diri
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum..

Cepat bangkit!..terus mara dengan kerendahan hati bukan keangkuhan diri...-Perdu Cinta-

26 April 2016

Minta Pada Penjaga Hati

11:00 PM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum..

MINTA PADA PENJAGA HATI || 💖hati kita Allah punya...DIA yang jaga...pemilik hati selamanya...pada kita cuma pinjaman sahaja...

Doa penerang hati

Dulu..sebelum mengaji mesti baca doa penerang hati ☝
Kemudian Al Fatihah...sebelum tu selawatlah dulu...yang paling best bila baca doa sama-sama...masa ni yang tak hafal boleh mengelat..gerakkan bibir je walhal tak bunyi apa...alasan baca dalam hati...logik juga...cuba try test baca sorang sorang...haaaa...itu dia...alhamdulillah PC lepas itu pun sejuk kaki tangan..nampak rotan punya pasal..

Doa itu umpama senjata kita...nak apa apa kita minta daripada Allah dulu...in sha Allah walau lambat Allah tetap beri asal usaha jangan berhenti...kadang lewat kerana Allah nak ajar kita sabar dan cekal..supaya bila kita dapat apa yang dihajati tahu bersyukur...amin..bukan bermakna yang Allah beri awal itu tidak bersyukur ya..bukan itu maksud PC...moga kita sentiasa yakin dengan kemurahan dan kasih sayang Allah..

😉terima kasih ukhuwah..

Cerita Ahad

5:30 PM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..


CERITA AHAD || Walaupun dah hari selasakan...undur semula dua harilah...hehe...

Walaupun bukan hari close kitchen PC teman encik suami pergi kedai buku...bila sesekali keluar mulalah banyak ideanya itu dan ini...alhamdulillah cuaca comel...gerimis halus mengiringi...sejuk 

Terpandang terus ingin mencuba...terpikat...berada dalam bangunan AEON BIG WANGSAMAJU.."SEGAMAT REL"

Segamat rel

Menu yang kami order..

1.Lontong darat ayam madu
RM 13.90

2.Laksa Johor
RM 16.90
(sebenarnya PC order Mee Rebus Johor...bila sampai jadi lain...tak mengapa..bukan masalah..redha sahajalah...alhamdulillah)

3.Rojak Buah
RM 5.90

4.Buku menu

5.Hot Lin Chi Kang
RM 6.50

6.Barli Panas
RM3.50

Alhamdulillah atas setiap nikmat...syukur...

*terima kasih ukhuwah😉


Gelagat Manusia

12:30 PM 9
Gelagat Manusia
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

GELAGAT MANUSIA || Tersenyum sendiri bila melihat gelagatnya manusia..

Berjalan laju...ada yang suka berjalan laju...kejar masa mungkin atau terlewat bertemujanji...macam lipas kudung jalannya...langgar orang sana...sentuh bahu sini...setiap kali itu sorry...sorry...sorry...adab masih dijaga...kesian jantung berdegup laju penatnya dia berkerja mengepam darah...bertenanglah itu yang Rasulullah ajar...

Tong sampah cuma dua langkah...seronok juga letak dan buang sampah ikut cermin kereta...sedangkan kereta parking betul betul dua langkah dari tong sampah...pakcik tukang sapu pun senyum kelat...geleng kepala...anak mat saleh siap speaking lagi.."mommy see..rubbish"...sambil tunjuk sampah...tak apalah lain kali jangan buat lagi...anak anak...adik adik dan semua jangan tiru ya..

Suka tutup mata...masalah bila sengaja tutup mata yang sememangnya jelas celik...hehe...ya awak ada baby...kami faham..awak juga kena faham depan tu ada atok dan nenek sedang sama sama beratur beli makanan...kami mengalah dengar anak awak merengek...ok tak apa silakan...usahalah pujuk anak awak supaya atok dan nenek dihadapan selesa untuk membeli...bukan memberi laluan pula kepada awak...cuba ya...memang kita tak jangka ragam anak kecil...tapi ibu bapa pastinya boleh handle anak sendiri in sya Allah..

Jangan melihat saja...jadikan tauladan supaya kita tidak lakukan perkara yang sama. .amin..

*terima kasih ukhuwah 😁


Jangan Salah Tempat

9:00 AM 13
Jangan Salah Tempat
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

Mengadu dengan manusia...dibiarkan...tak mengapa..Mohon simpati juga dipandang sepi....tenang saja...Jangan bergundah gulana kan Allah sentiasa ada untuk kita hamba...kembalilah kepadanya segera...-Perdu Cinta-

25 April 2016

Jaga Aib Pun Amal Jariah Juga

10:30 PM 20
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum..

JAGA AIB PUN AMAL JARIAH JUGA || Anggap aib orang macam aib sendiri..sama-sama saling jaga aib satu sama lain..percayalah Allah akan jaga aib kita  dunia hingga akhirat..

Kalau kita harapkan orang maafkan salah dan silap kita...kita mulakan terlebih dahulu memaafkan orang lain...in sha Allah hadiahnya terasa tenang yang bukan direka-reka..amin..

Tidak usah asyik menyumbang pandangan biarpun mungkin sekilas pandang perkara itu sahih...kerana adakala pandangan kita acapkali tersasar jauh...jangan terpedaya...hati-hati ya..

Selamat malam indah..moga esok rezeki melihat sang mentari menanti...amin...
●•°terima kasih ukhuwah 😊. .

Jaga aib
Google image 

Pelayaran

5:00 PM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

PELAYARAN || Di tengah-tengah lautan luas terbentang...angin yang bertiup deras...pengemudi yang cergas dan pantas...pemandu arah yang cekap...ya itu penyumbang jayanya sebuah pelayaran...musuhnya adalah ombak yang menggila...setiap keringat dirasa cukup berbaloi bila berjaya sampai saja ke tempat berlabuh...saat sauh dilabuhkan..

Pelayaran
Google image 

Namun setiap usaha tidakkan ke mana tanpa juru mudi terulung...tanpa kompas takdir DIA...jika tiada angin milik DIA...siapa hebat sebenarnya...

○•°terima kasih ukhuwah😆


Pandai-pandailah Bawa Diri

1:30 PM 5
Pandai-pandailah Bawa Diri
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

PANDAI-PANDAILAH BAWA DIRI || Pandang sekeliling..fikir..bertindak...

Minggu terakhir di bulan April
Begitu pantas waktu berlalu
Buanglah perangai degil
Moga disenangi orang selalu

●•°degil??...ada juga sisi baiknya...tapi bila sudah melampaui had padah jadinya...

Berbaki lapan bulan di tahun ini
Bakal juga terus berlalu pergi
Kalau tidak mampu perbaiki diri
Jangan ditambah lagi kurang sana sini

●•°jaga yang sedia ada itu sudah memadai..kerana untuk lakukan perubahan perlu berani pada kegagalan...bersedia???..jika ya...silakan...

Satu Mei hari buruh
Hari merai semua pekerja sekalian
Kalau boleh ikut apa yang bos suruh
Jangan sampai diabai apa yang Allah telah tetapkan

●•°ada yang lebih patut kita lebihkan sebelum manusia biarpun dia lebih tinggi pangkatnya...membantah cara berhemah bukan biadab...menegur dengan hikmah bukan lagak...niat baik pasti Allah bantu..

Pilihan Awal Akhir

9:00 AM 5
Pilihan Awal Akhir
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

Tutup rasa sedih dengan zikir...cuci rasa kecewa dengan istighfar...buang rasa marah dengan kalamullah..kesimpulannya apa pun situasi dekatkan diri pada NYA..in sha Allah baik-baik sahaja nanti...●•°Perdu Cinta °•●

24 April 2016

Amaran Keras

11:30 PM 2
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

AMARAN KERAS || Ada ketika kita perlu dikejutkan dengan cara yang sedikit tegas...itupun kalau cara lembut tidak berapa nak jalan...tegas bukan ganas...tegas bukan mengkasari...halusi dan tafsir betul-betul..tengok juga,bukan cakap sekali tak nak ikut atau dengar terus bantai melulu...berhemah dan penuh hikmahlah ketika berbicara...ingat...penerimaan orang berbeza-beza..dan cara hendak menyampaikan pun banyak cara...bukan hentam semacam..

Semacam atau bermacam-macam itulah kita sukar ditelah (diduga)..tidak sentiasa pada landasan yang lurus sebaliknya sesekali seakan serong juga...rapuh..ya...tulang rapuh...atau gigi rapuh cukup merisaukan bukan...hakikatnya yang lebih BERBAHAYA iman yang rapuh...nauzubillahiminzaliq..

Surah Al Insaan mengandungi 31 ayat..PC sangat tertarik pada surah ini kerana ianya menjadi motivasi selain menjadi amaran keras kepada kita insan di muka bumi Allah ini...buat baik pasti di balas baik...dan sebaliknya...


Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. (Ayat 3)



(Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang. (Ayat 4)


Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur"(matair di Syurga) (Ayat 5)

Ingatlah setiap nikmat syurga kerana itu sedikit sebanyak merantai diri kita untuk tidak berbuat perkara yang kurang baik..in sya Allah...

💖terima kasih ukhuwah●•°

Terapi..

5:30 PM 2
Terapi..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

TERAPI || Tekanan baik dari diri sendiri atau pihak lain itu lumrah...mainan kehidupan...yang penting bagaimana kita mengemudinya agar tidak ke tahap bahaya dan membimbangkan...

Banyak cara yang boleh dijadikan terapi untuk kembalikan energy pada fizikal,mental,emosi dan highlight juga pada rohani..

●•°Membaca
Al Quran itu pastinya terapi terbaik...Biarpun bahan bacaan yang ringkas dan santai sebenarnya itu yang sangat diperlukan untuk membantu emosi yang sedang memberat...

●•°Keluar daripada situasi
Bukan bermakna lari daripada masalah tapi cari ruang untuk tenangkan diri sambil mencari solusi yang terbaik...amin...

●•°Ibadah
Salah satu cara untuk jentik jauh jauh pelbagai aura negatif yang menguasai diri..

●•°Membeli belah
Sekiranya masih boleh mengawal diri silakan...jika sebaliknya elakkan membeli belah sebagai terapi diri...takut takut timbul permasalahan lain..

●•°Cuba menu baru
Ahakkkk...ada orang bila emosi terganggu selera makan pun merudum...tapi tak kurang yang bila emosi tak stabil masa itulah nafsu makan mencanak canak sampai langit yang paling atas...

●•°Dekatkan diri dengan alam
Melihat alam semulajadi..hutan,lautan,langit..ya kita boleh muhasabah diri..bercucuk tanam mungkin...atau pelihara ikan ke...mengapa tidak...mudah tapi seronokkan...in sha Allah..

Apa cara sekalipun yang kita lakukan berpada-pada..sentiasa...lemahnya kita sebenarnya sedang diuji dengan masalah...awas..

●•°😉terima kasih ukhuwah..

Berkurangankah..

1:45 PM 3
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

BERKURANGANKAH || Bab kurang...sikit...mahal memang sensitif sangat...boleh membuntang mata dik...tapi kalau sebut banyak,lebih,,murah..hah mencopong mulut pulak...tak suruh tepuk pun boleh bertepuk amai amai kat situ...reaksi luar kawal kekdahnya...saya suka...saya suka..hehe..

Hari Ahad terakhir di bulan April...suka?...setiap orang ada alasan sendiri berasa gembira atau suka pada sesuatu perkara....hujung minggu begini bagi yang tidak berkerja pasti menghabiskan masa di rumah bersama ahli keluarga...melayan karenah seisi keluarga terutama menu yang diingini...wah...

Agak-agak yang mana satu menjadi pilihan si ibu atau isteri ya...batu lesung atau mesin pengisar??...haaa...tidak dinafi dalam mengurus urusan harian terutama membabitkan pengurusan rumahtangga..peralatan sebegini sangat membantu menjimatkan masa kita untuk melakukan banyak kerja dalam satu-satu masa...dengan syarat rajin...barulah bermanfaat..

Batu lesung
Batu Lesung
Google Image 

Atau



Mesin pengisar

Mesin Pengisar
Google Image

Bagaimana canggihnya peralatan yang digunakan atau masih mengekalkan alatan tradisional yang ada...itu bukan ukuran sedap atau nikmatnya hidangan...asal dimasak dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan...nasi putih dengan ikan sepat masin pun nikmat dik..haha...

😅terima kasih ukhuwah..

Bawa-bawalah Beringat

8:30 AM 3
Bawa-bawalah Beringat
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

Jerat tidak pernah jemu menanti mangsanya...kealpaan mangsa itu menjerat dirinya sendiri..belajarlah daripada kesakitan lalu..kerana peringatan daripada Allah itu tidak pernah silap..
-Perdu Cinta-

23 April 2016

Tunggulah

11:04 PM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum..

TUNGGULAH || Setelah menjadi yang halal gabungkan rasa cinta itu untuk DIA..percayalah tiada ruginya in sya Allah..

Tunggulah
Google Quote 

Simpan rasa bahagia itu untuk yang sewajarnya..untuk yang mahu menjadikan si jejaka imamnya...si wanita makmumnya..

*terima kasih ukhuwah ♡●•°

Pandanus Amaryllifolius

5:30 PM 9
Pandanus Amaryllifolius
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung daik barcabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

PANDANUS AMARYLLIFOLIUS ||Pokok Pandan atau daun pandan..ha kan senang..pokok atau daun pandan ini ada dua jenis...pandan biasa atau pandan wangi..pandan wangi biasanya daunnya lebih kecil(kurus)..tapi wanginya lebih uuummph...kihkihkih...PC rasa semua orang kenal pokok dan daun pandan..betul tak..lagilah kalau pergi majlis kahwin..siap ambil sejemput bunga rampai bungkus dalam tisu sembunyi dalam poket..alahai sangat gitu..heppp pergi minta izin dulu faham???...lepas tu baru boleh buat muka sposen..

daun pandan
Pokok Pandan
Google Image

Aromanya yang wangi itu menjadikan daun pandan sangat digemari dan menjadi salah satu bahan perasa dan pewarna asli dalam masakkan kita masayarakat melayu khususnya..antaranya..

kuih seri muka
Kuih Seri Muka/Kuih Puteri Salat
Google Image

 buah melaka
Kuih Buah Melaka
Google Image

Kalau mama PC masak nasi hari-hari pun letak daun pandan sehelai dua...aromanya memang syok...cuma anaknya je kalau sesekali balik kampung masak nasi lupa..maunya tak loud speaker mama dari luar rumah..*eh macam tau tau PC lupa letak..*..naluri ibukan..kihkihkih..ya menurut perintah..

Petua dulu-dulu daun pandan ni boleh juga jadi alat untuk halau lipas yang suka suki bermaharajalela di dalam rumah kita...siap beranak pinak bercucu cicit lagi dalam almari rumah kita...amboi kooo..ha cuba letak atau selit sehelai dua daun padan yang disimpul tu...mencecet cecet tak lipas tu lari...kalau berjaya alhamdulillah..

Setiap apa yang Allah jadikan mesti bermanfaat untuk kita..cuma kita kena manfaatkan sehabis baik...

*terima kasih ukhuwah..

Satu Joran Dua Mata Kail

1:30 PM 2
Satu Joran Dua Mata Kail
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

SATU JORAN DUA MATA KAIL || Wah tajuk..ganas..hehe..haha..hoho..huraian belum tentu mantopnya..ke kelautan hindi..selamat tengahari ukhuwah..biarpun tidak kelihatan silau cahaya matahari tapi bahangnya tetap terasa..alhamdulillah..ke hulu ke hilir mengemas dalam rumah pun seolah sedang bersauna dua tiga jam..kalau memasak di dapur lagi la mesti berhati-hati takut tertitis perisa tambahan..*mukhadimah je dah berjela*

Semakin panjang tali pancing semakin jauhlah boleh dicampaknya mata kail tu..pergi ke tempat yang dalam...cuba..mana tahu rezeki in sha Allah..banyak atau sedikit yang dapat bukan urusan kita..itu aturan DIA..ikatlah banyak mata kail sekali pun..susunlah beratus joran dengan umpan yang paling berkualiti kalau tidak rezeki kita maka bukanlah..

Bukanlah satu yang luar biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita bila istilah 

MARAH ANAK SINDIR MENANTU
diucapkan dan berlaku..itu dulu...tapi sekarang lebih terlanjur maju yang tidak ''best'' apabila..

PUJI MENANTU SINDIR MENANTU
bahayanya menantu dengan menantu jadi tidak sebulu..tidak mahu bersentuh bahu apa lagi berganding bahu...siapa yang wajar dipersalahkan..fenomena tidak sihat ini wajar dihentikan dengan segera..sebab ianya bakal mengeruhkan  keadaan yang jernih..tidak pun.. 

PUJI MENANTU SINDIR ANAK 
Allahu..sedih PC bila mendengar situasi ini berlaku..masih berlaku dan seakan tidak berpenghujung..subhanAllah..sesungguhnya sangat mudah untuk menjadi ejen permusuhan berbanding pendamaian..Jernihnya hati kita boleh dilihat dan didengar dengan kata-kata..derhaka itu bukan sahaja anak kepada ibu bapanya..malahan boleh jadi juga hamba kepada PENCIPTANYA..

*terima kasih ukhuwah..


Jangan Persia Pengalaman

9:00 AM 11
Jangan Persia Pengalaman
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum..

Pengalaman itu akan menjadi guru terbaik andai kita ambil pengajaran daripadanya..sekiranya tidak mungkin kita akan sering melakukan perkara yang sia-sia..dan paling menyedihkan akan ulang kesilapan yang sama berulang kali..-Perdu Cinta-

22 April 2016

Seindah Akhlak

11:30 PM 2
Seindah Akhlak
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

SEINDAH AKHLAK || Auranya sangat kuat...pasti ramai pencinta yang sering memuji akhlaknya...melangkah ke sekolah...seawalnya...kita generasi ke generasi...biarpun cara penyampaian berbeza namun konklusinya tetap sama...TIADA TUHAN SELAIN ALLAH..NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH..DUA KALIMAH SYAHADAH..ikrar kita..hingga hujung nyawa..amin..

Mendengar dan membayangkan sudah mampu menggamit aura dan memori...ceritera sirah yang tidak pernah jemu untuk diambil tahu...semakin sayang...semakin jatuh hati...wahai Rasulullah SAW..

 
Daripada Abdullah bin Amru bin al-As RA katanya, tidaklah Rasulullah SAW seorang yang bersifat keji, dan tidak pernah melakukan perkara-perkara yang keji, Baginda bersabda,

Sesungguhnya di antara orang-orang yang terpilih di antara kamu ialah orang yang paling mulia akhlaknya.
 
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bersyukur menjadi ummatmu...moga selawat menjadi penghubung kita...

*terima kasih ukhuwah..

Terduga Jiwa Hamba

5:30 PM 0
Terduga Jiwa Hamba
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

TERDUGA JIWA HAMBA || Terasa berat perlu menggalas...semakin berat semakin malas..namun percakapan harus tetap beralas..panjatkan doa mohon belas daripada Allah empunya ar'asy..

El Nino sedang melanda negara
Terasa berbahang sana sini
Catuan air telah pun bermula
Bijak-bijaklah kita mengemudi

Nikmat nyaman Allah ambil seketika
Anggaplah peringatan untuk hamba
Jangan asyik merungut sahaja
Itu tanda tidak redha padaNYA

Terlalu banyak nikmat kurniaanNYA
Tidak terhitung dek jari jemari
Banyak DIA tunjuk bukti kebesaranNYA
Jangan kita asyik ragui

Mengeluh itu kita lazimnya
Kerana kudrat hamba tidak sehebat mana
Dalam pada kita asyik mengeluh saja
Selitkan juga zikir memujiNYA

Jumaat muncul lagi
Yang lama berlalu yang baru mengganti
Biarpun jasad tetap disini
Moga keimanan sentiasa menebal disanubari

Cuba Tidak Beratkan

1:00 PM 2
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum..

CUBA TIDAK BERATKAN || Kalau perkara itu serius tapi diambil sambil lewa memanglah bahaya...seolah tiada rasa bertanggungjawab pula..dan sekiranya sememangnya perkara itu mudah tetapi diberatkan...disusah-susahkan..seolah menzalimi diri sendiri mungkin juga orang lain..nampak tak betapa kita mesti bijak mengawal situasi...cerdik bertindak dan pintar buat keputusan...selebihnya serah pada Allah...namun adakala kita seolah hilang punca lebih-lebih bila dalam situasi gabrah..huhu...

Kehidupan yang sentiasa diintai malaikat izrail ini sebenarnya sangat singkat..biarpun kecil kegembiraan itu ia tetap nikmat...hargai dan hayatinya dengan baik..kegembiraan boleh dicari...boleh dicipta...in sya Allah 😊

*terima kasih ukhuwah...

Lembut Hati

9:00 AM 3
Lembut Hati
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

Menanti jawapan pada setiap soalan daripada manusia...owhhh sangat menyakitkan...menanti jawapan pada setiap doa yang dilafaz kepada Allah tidak pernah menjelakkan..kerana jawapan Allah itu hadirnya dengan pelbagai cara dan bila-bila masa saja..itulah cara Allah memujuk hati hamba.-Perdu Cinta-

21 April 2016

Minta Bantuan Allah

10:30 PM 1
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..


MINTA BANTUAN ALLAH || Dalam setiap hela nafas...pada setiap inci langkah...ingat DIA sentiasa...mohonlah bantuanNYA..sentiasa...


Minta bantuan Allah
Google Quote 


Andai mentari yang didamba namun bah yang datang itu tanda Allah sedang semakin sayang kita...balaslah dengan seteguh cinta..

😆terima kasih ukhuwah..

Memahami Itu..

5:30 PM 3
Memahami Itu..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum...

MEMAHAMI ITU.. || Cara penerimaan orang itu beza ketara..ada yang baru mukhaddimah dah boleh baca isi keseluruhannya...tidak kurang yang telah dikisahkan berkali kali namun masih tidak memahami...adatnya kita insan biasa-biasa..tidak kurang yang terus buat kesimpulan..ini bahaya...

Ibu dan ayah Allah kurnia gerak rasa yang ajaib...biarpun anak telah duduk berasingan...telah punya tanggungjawab masing-masing namun tidak pernah memutuskan hubungan emosi...bukan telepati tapi ikatan jiwa dan naluri...subhanAllah...hargailah ibu ayah baik masih ada atau telah Allah ambil kembali...

Ikatan halal yang suci...suami isteri...kalau tiada rajuk dan pertelingkahan kecil itu bukan bohong sedikit mustahil namun tidak dinafi ada pasangan yang tidak pernah rajuk apatah lagi berselisih pendapat...syabas...tempoh perkahwinan itu bukan jaminan tahu luar dalam...sudah cukup memahamikah...tanya pada diri...

Bersahabat..istilah tiada rahsia antara kita...susah senang bersama,,jatuh bangkit setia...alhamdulillah...tidak usah sekadar dibibir tapi berkerak dihati...in sya Allah ukhuwah berpanjangan...

Memahami itu satu proses yang panjang...belajar memahami sekeliling kita sedikit demi sedikit agar kita tidak tersilap sangka...buang rasa sentiasa betul pada diri kerana takut tidak boleh terima teguran apabila lakukan kesilapan...adakala kesilapan yang orang lakukan berpunca daripada salahnya diri kita...

*terima kasih ukhuwah 😊