05 March 2016

Sedekah Itu Banyak Cara

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

SEDEKAH ITU BANYAK CARA || Luaskan minda..lapangkan hati..tiada alasan untuk menghalang kita untuk meneruskan niat bersedekah kerana Allah..in sha Allah..

Dari Abu Dzar r.a katanya:Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada beliau

Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka

 Rasulullah SAW bersabda..

Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar makruf dan nahi mungkar (menagajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah. Mereka bertanya:Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami? Jawab Rasulullah SAW Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala.

Riwayat: A
l-Bukhari

Islam itu indah..hampirilah keindahan itu agar kita sentiasa cantik disisi Allah SWT..amin..

4 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..