20 March 2016

Rahsia Bukan Rahsia

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

RAHSIA BUKAN RAHSIA || Apakah??..Bagimana??..

Hati kita letaknya di dalam tubuh..subhanAllah cantik sungguh ciptaan NYA..biarpun hanya sebuku darah..uniknya boleh ada pelbagai rasa..masyaAllah..alhamdulillah.

Apakah kita pernah berusaha untuk sentiasa menggilapnya agar bersih sentiasa??..atau dilayankan dengan warna-warna yang mendurjana..ya hanya kita dan DIA yang tahu..

Bagaimana rahsia bukan lagi rahsia..biarpun hati itu letaknya di dalam namun rasanya terbias pada zahir juga..sihatkah hati kita..atau sakitkah hati kita??

Sakit??..Bila??..
Bila kita rasa gembira melihat derita orang lain..bila kita rasa bahagia dengan kejatuhan insan sekeliling dan bila kita tidak pernah memberi bantuan walau sebaris doa kepada orang lain..ya itu tandanya hati kita sedang sakit..

Sihat??..Bukti??
Bila kita sama-sama merai kejayaan orang lain biarpun kita sendiri sedang mengusahakannya namun belum membuahkan hasil..apabila kita turut sama berusaha merasa sakitnya apa yang mereka rasa dan tidak pernah lupa untuk menitipkan doa untuk kesejahteraan bersama..iringi detak hati dengan kalimah-kalimah memuji NYA..itu sudah cukup menghidupkannya..



8 comments:

  1. serahkan segalanya kepada dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul..itu sebaiknya..dengan cara itu hati kita lebih lapang :)

      Delete
  2. Unik betul kejadian hati ni kan,..moga kita sentiasa menggilapnya bersih dari noda :)

    ReplyDelete
  3. Suka baca entri Perdu Cinta 。^‿^。

    ReplyDelete
  4. Subhanallah... t kasih atas peringatan dan perkongsian PC.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..