13 March 2016

Perlu Juga Santaikan Diri

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

PERLU JUGA SANTAIKAN DIRI || Setiap orang ada rutin harian masing-masing...bagaimana cara pengurusannya itu bergantung pada individu tersebut..yang pasti berbeza satu sama lain..biarpun suri rumah tradisional*tanpa gadjet*..atau suri rumah moden*bergadjet*..tetap punya rutin yang tidak boleh dipandang sebelah mata apatah lagi kaum wanita yang bekerjaya sekaligus juga isteri dan ibu...kita hormati dan sokonglah satu sama lain..jangan juga pandang sinis kepada suami yang menjadi MRs Mama..kerana tidak semua yang 100% mengurus rumahtangga semata-mata kerana ada juga kerja yang dilakukan sebagai sumber pendapatan bezanya rumah itu jugalah pejabat mereka..

Penting sangat ke nak santaikan diri...bagi PC perlu sesekali manjakan diri..itulah adanya istilah honeymoon*tidak bermakna untuk pengantin baharu saja ya*..gantung kuali...berjimba-jimba..ke spa pun boleh..hihihi..bergantung pada citarasa masing-masing..sayang diri kita baru boleh kita sayang orang lain..tapi awas jangan sayang membuta tuli..

santai
Google Image

Today is Ahad
Tomorrow is Isnin
Kudrat hamba sangat terhad
Yakinlah Allah Maha Pemberi Pertolongan

Happy sundate
Makan ABC bawah pokok
Jangan gundah jika di''terminate''
Mana yang kurang kita boleh tokok

Shell is kerang
Wood is kayu
Bukan mudah berterus terang
Ingat Allah sentiasa tahu



6 comments:

  1. Alhamdulillah, betul santai untuk diri sendiri penting kan, memang mencari masa berdua jugak, tapi ingatkan anak pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...tak apa...bawa anak sekali pasti nikmat lebih berganda...in sya Allah :)

      Delete
  2. Tadi petang main badminton dgn kawan2. Dah stress dgn projek, brsukan boleh hilangkan stress jgk! Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...bagus2..exercise ya...terbaiklah :)

      Delete
  3. betul sangat sis... harus honeymoon apa cara pun, gantung kuali pun honeymoon... hehehe.... suka sgt pantun tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang nak honeymoon tidak perlu jauh atau modal yang besar...bila ada rasa syukur dan gembira...itu pun honeymoon..hihi..

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..