07 March 2016

Mentadak Mentadu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

MENTADAK MENTADU || Mula-mula dulu PC ingat mentadak mentadu ni belalang dan belalang itulah mentadak mentadu..mana tidaknya warna sama..tapi bila perhati betul betul..memang jauh ketara bezanya..bila mentadak mentadu tersesat masuk rumah..*GPS atau WAZE dia kelaut la tu..hihi*memang kena soal dan ujibakatlah diakan...macam macam soalan PC tanya.."mentdak mentadu macam mana mama tidur?"..."mentadak mentadu macam mana baba solat?"..kadang soalan yang tidak masuk akal pun ditanya..hahaha..*ini semua pakusu PC yang ajar..mentang mentanglah budak kecik tak tahu apa apa lagi..ngikut jelah*..tiba-tiba mama pulak.."mentadak mentadu macam mana budak nangis nak kena cubit tak buat kerja sekolah tadika dia"...*PC la tu..apa lagi larikkkkkkkk*..

MENTADAK MENTADU
Google Image

Mentadakmentaducengkadak atau cengkadu ialah sejenis serangga dalam susunan Mantodea. Kebanyakannya berada dalam famili Mantidae. Sebagaimana serangga lain, mentadak mempunyai tiga segmen badan, dengan kepala, toraks, dan badan (abdomen). Mentadak betina mempunyai serkus yang besar dan kuat. Segmen pertama dari tiga, protoraks, adalah memanjang dan darinya terdapat kaki hadapan yang boleh diubah suai.

14 comments:

  1. Hi pernah dengar dari cerita upin dan ipin ni."mentadak mentadu macam mana upin tido" Hi Awak Mari Jawab 4 soalan Ucing.Ada Berani .? :cool:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah famous si mentadak mentadu ni..hihi...

      Delete
  2. selalu jumpa mamat ni kat pokok bunga raya kak ana PC, togel daun dibuatnya hihi nak buat cam mana kan dah makanan dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. La yeke kak...ermmmm kena buang kak...kesian pokok bunga raya tu kak...sakit dia...

      Delete
  3. Menakutkan kalau mentadak ni masuk rumah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe....PC takut bila dia terbang...

      Delete
  4. mentadak mentadu jadi permainaan zaman kecil dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PC sampai sekarang kak kalau jumpa mentadak mentadu suka tanya...haha...

      Delete
  5. Masa kecil saya sgt takut dengan mentadak mentadu ni... smpai menangis bila masuk rumah huhu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lain macam sikit...PC tak berapa takut sebabnya pakusu yang ajar...dia cakap boleh buat magik sebab boleh tanya soalan...hihi

      Delete
  6. hahaha soalan sama la tu.. mesti nak tanya macammana kita tido atau sesiapa tido =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....rasanya mentadak mentadu tu pun pening asyik soalan sama :)

      Delete
  7. tengok mentadak saya ingat kung fu je.. hehe.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..