22 March 2016

Kesedaran

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
KESEDARAN 

Ada pelanduk ada rusa
Dua-dua masuk jerat
Ada dosa ada pahala
Pastinya ada balasan dan ganjaran di akhirat

Bulu landak tajam-tajam
Tercabut satu buat hiasan
Jangan disukat cetek ke dalam
Ilmu itu milik Tuhan

Sang kancil termasuk lubang
Lubang perangkap buatan manusia
Jangan pandang mdah kecilnya lubang
Ia juga boleh membinasa

Unta jantan kibas betina
Agak agak boleh dikacuk tidak ya
Jangan asyik bersenda ria
Takut hujungnya duka lara

7 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..