03 March 2016

Cubalah Elak Kalau Boleh

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

CUBALAH ELAK KALAU BOLEH ||Sesama kita mungkin boleh elak dengan memberi alasan sama ada alasan yang diberi itu betul atau dusta..ya itu dengan sesama kita..tetapi tidak mungkin iany dapat kita lakukan dengan DIA..*seekor semut hitam yang kecil merayap di atas batu hitam pada waktu malam yang gelap gelita juga tidak terlepas daripada pandangan Allah*..ya.. Allah itu "Ya Basir"(Maha Melihat)..

Surah An Nissa Ayat 1
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

(Surah An Nissa : Ayat 1)

Jangan ditangisi kata kata dusta di dunia kerana permerhatian Allah tidak pernah silap..jangan rasa sia-sia berdoa..kerana Allah itu Ya Sami'(Maha Mendengar)...

9 comments:

  1. Allah itu Maha Melihat walau sekecil kecil mana pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..tidak terlpeas walau sehalus zarah pun :)

      Delete
  2. tq sharing sesuatu yang bermanfaat di hari jumaat

    ReplyDelete
  3. Kerana mulut badan binasa.. sesungguhnya ALLAH mengetahui masa yang tepat untuk memakbulkan doa hambaNya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat..bila waktunya tiba..jangan kita lupa untuk bersyukur...

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..