25 March 2016

Bersungguh-sungguh

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
BERSUNGGUH-SUNGGUH || Jatuh bangun itu la liku kehidupan..

Pergi pasar beli sukun
Dipotong tipis goreng bertepung
Berbuat baik mesti tekun
Supaya amalan tidak tergantung

*selagi boleh buat baik janganlah separuh jalan..sila sungguh-sungguh*

Hari Jumaat muncul lagi
Rezeki kita menemuinya
Akan datang belum tentu lagi
Hargailah apa adanya

*ada yang berpeluang hanya sekai...ada juga yang Allah beri peluang banyak kali biarpun pernah lalui kegagalan..sebenarnya setiap kita ada bahagian rezeki masing-masing*

Jam lima tamat waktu bekerja
Hati girang hendak pulang
Berhati-hati dijalan raya
Ingatlah insan yang menanti kita pulang

*bahaya ada di mana-mana..kita sama-sama mesti jaga diri..hubungan dua hala sangat penting..jalanraya itu bukan kita punya..bukan awak punya juga tapi kita semua punya..kongsi dengan penuh hikmah*




4 comments:

  1. Pandai kak PC berpantun (*^_^*) Hargai semuanya dalam kehidupan kita. Don't take it for granted..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu...sebenarnya siqah pun boleh berpantun tau...tak percaya cuba...in sha Allah boleh...setuju.. ^@

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..