17 March 2016

Ada Bezanya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

ADA BEZANYA ||Setiap kita ada lebih dan kurangnya..mudah kata ada bezanya..jelas terlihat dek pandangan mata..mahupun jelas dapat dirasa dek rasa jiwa..yang rasa jiwa ini lazimnya mejadi rahsia hati..biasanya dialami ibu bapa terhadap anak-anak*anak lebih daripada seoranglahkan biasanya*..atau mungkin bagi sesetengah orang yang punyai ramai sahabat sejak sekian lama..ibaratnya awk kenal saya..saya tahu awak..warna sebenar diri masing-masing..

Cerminan perbezaan..berbicara dan bertindak dengan emosi dan nafsu pastinya adakala lebih banyak yang akan disusuli dengan kekesalan kerana saat itu hilang sedikit pertimbangan..mungki tidak menjadi masalah andai kesalahan kecil itu boleh diperbaiki..atau luka kecil itu mudah dirawat...tetapi andai sebaliknya yang berlaku alangkah ianya sangat mendukacitakan..

Ketara bezanya berbicara dan bertindak dengan akal yang waras..situasi ini lazimnya diiringi dengan jiwa yang tenang..kerana jiwa yang tenang akan merangsang minda agar lapang..in sha Allah..kita akan lebih rasional..lebih berhati-hati dan lebih menunjukkan etika kemanusiaan bukan seolah singa atau hantu paku jadian..heee ngeri..tidak dinafi adakalanya kita boleh hilang pertimbangan..moga kita kita terus menghilangkan pertimbangan untuk lebih ke arah kebaikkan..

8 comments:

  1. perbezaan itulah yang baiknya disisi Allah

    ReplyDelete
  2. Hati tak tenang jiwa menjadi kacau sebab itu terlalu banyak benar prilaku buruk dapat kita lihat lewat hari ini...

    ReplyDelete
  3. berfikir secara positif, pertimbangan dapat dibuat dengan baik

    ReplyDelete
  4. setiap manusia ada baik dan ada buruknya =)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..