20 February 2016

Selami Sedalamnya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

SELAMI SEDALAMNYA ||Yang ringan tidak bermakna boleh dipandang remeh..yang berat kalau betul jalanya bukan menjadi permasalahan dalam kehidupan kita..asalkan tahu membeza dan menilai sekadarnya dengan sebaik mungkin..in sha Allah akan ok..

Awal pagi pergi pasaraya
Niat hendak membeli tauhu
Haram bukan sekadar yang mughalazah sahaja
Banyak lagi yang perlu diambil tahu

Pergi kebun cabut keladi
Masak pengat terlupa letak sedikit garam
Jangan diubah hukum hakamnya berjudi
Yang haram akan tetap haram

Pergi Pahang lalu Karak
Berhati hati banyak selekoh tajam
Jangan didekati walau setitis arak
Andai tidak mahu menjadi penghuni neraka jahanam

Pergi ke surau menaiki kereta
Tumpangkan jiran sama sama beribadah
Mencuri merompak tiada berkatnya
Lakukanlah kerja lain yang lebih berfaedah



12 comments:

  1. Bunyi sedap membaca penuh makna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu..biasa biasa je...terima kasih ya singgah baca :)

      Delete
  2. Haram tu tetap haram.. Jangan kita menjadi seorg yg menghalalkan ap yg haram.. Moga kits dijauhkan..

    P/s: nak pantun jugak tapi tak pandai PD

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL...pasti bersebabkan Allah menetepkan begitu...tak pe..pantun dua kerat pun ok..PC pun tak pandai berpantun IY...sikit sikit boleh la.. :)

      Delete
  3. Ya haram tetap haram..belajar untuk menjaga nya..bersalam bukan muhrim..juga kena jaga.

    ReplyDelete
  4. semoga menjadi ingatan... pantun ingatan...

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..