18 February 2016

Curiga Itu Perlu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image muslim muslimah
Google Image

Buah ciku rsanya manis
Disimpan rapi dalam tempayan
Jangan mudah terpedaya dengan mulut yang manis
Takut kelak merana badan

*wahai adik adik yang kak PC sayangi,,jagalah diri..tidak kiralah kalian wanita atau lelaki..kerana tipu daya dunia tidak semuanya terlihat dek mata yang nyata ya..*

Ikan haruan berenang sejoli
Tetap termakan umpan di kail
Kalau sudah terpalit walau sekali
Ingatlah kesannya akan kekal

*orang akan lebih mudah mengingati keburukkan kita biarpun kesilapan itu haya baru sekali dilakukan,,berbanding 10 kebaikkan yang telah kita abadikan..akan lenyap sekelip mata..*

Minum teh daun belalai gajah
Usaha merawat kencing manis kerana Allah
Biarpun tubuh badan tidak gagah
Asalkan iman bertapak kukuh

*kalau manusia teruja melihat bada yang sado..Allah pula suka melihat iman yang bersungguh..sambil sadokan badan apa kata sadokan iman juga*

4 comments:

  1. setuju, buat baik jarang orang nak ungkit..tapi kalau buat silap,sampai bila2 diungkitnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakala orang lebih gemar negatif berbanding positif...

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..