16 February 2016

Bukan Biasa-biasa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Google Image

BUKAN BIASA-BIASA || Lazimnya perkara yang kita anggap biasa biasa itulah jadi luar biasa..luar biasa yang gempak mungkin tidak mengapa tapi yang lebih parah dan sadis bila luar biasa itu yang sememangnya mampu meluruhkan jantung yang masih berdegup..nampak tak impaknya..huhu*macam serius..ke propa lebih ni..haha*..

Bagi sesetengah orang orang diam itu biasa..tapi percayalah orang yang diam atau pendiam ni cukup berbahaya..sesekali dia buka mulut adakala mampu merobek cuping telinga kita..boleh meremukkan jiwa raga..tapi tidak kurang yang mampu menyejukkan dan mendamaikan hati yang sedang rentung membara..haa nampak tak??..

Banyak mulut pun payah juga..silap langkah..salah percaturan asyik topup dosa..bukan bermakna orang yang banyak cakap ini jahat atau pendosa tegar ya..harap jangan silap sangka..tolong jangan kecam PC..hahahahaha...buktinya ustaz..ustazah...penceramah..pelawak..da'i..dan seangkatan dengannya..ya mereka banyak juga cakap..tapi apa yang disampaikan itu yang kita ambil kira..bermakna nak banyak cakap..silakan tapi pada perkara yang bermanfaat..

4 comments:

  1. Apa pun kena lihat apa implikasi disebalik setiap tindakan.
    Kalau baik jadinya dgn bercakap akan baiklah hasilnya (macam org yg bagi tazkirah/motivasi). Tapi kalau yg bercakap tak baik, buruklah hasilnya (asyik mengumpat tak sudah - contohnya)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak..etuju..bergantung pada niat..dan fikir terlebih dahulu...

      Delete
  2. Salam kak kadag kadang kita perlu luahkan takut makan dalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..tak salah untuk meluah asalkan luahan itu masih selamat untuk didengar..

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..