11 January 2016

Lebih Telus..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Sumber Google image 

Pelangi ada banyak warna
Selepas hujan sinarnya cantik berseri
Kacang badam enak rasanya
Jadikan amalan setiap hari

Kismis ada beberapa jenis
Boleh dijadikan salah satu bahan buat kek
Adatlah sesekali menangis
In sha Allah emosi bertambah baik

Susu kambing dan juga madu
Sambil minum sambil berselawat
Jangan utamakan apa yang kita mahu
Tapi dulukan apa yang mendatangkan berkat

Habatussauda baik untuk kesihatan
Warnanya hitam halus halus
Jangan mudah terpedaya dengan hasutan
Pelihara iman jangan tertembus

11 comments:

  1. Kadang2 bila kita menangis, hati akan jd lega lepastuu. :')

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. kita taknampakpelangi kalau tak hujan :') salam singgah

    http://edrina-dafinites94.blogspot.my

    ReplyDelete
  4. Cik akak datang terbaca entri..
    Lantas terus bermadah bagai...
    Selawat istifar setiap hari...
    InsyaAllah itu penawar diri...

    Anak ikan di makan ikan...
    Berlagu riang sebelum mati...
    Jadikan Al-Quran sebagai teman..
    Untuk bekalan di kemudian hari...

    Anak cina memasang jerat.
    Tersalah pasang terkena kaki....
    Inginkan hidup lebih berkat...
    Jangan lupa iman di hati...

    ReplyDelete
  5. kak PC cipta sendiri ke pantun ni? waa. hebat. pandai akak. maksud pantun pon mendalam

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..