Hati PC Bagai Dicarik-carik || Bayi Di Tinggalkan Di Atas Tembok Longkang

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

HATI PC BAGAI DICARIK-CARIK | BAYI DI TINGGALKAN DI ATAS TEMBOK LONGKANG || Subhanallah..PC tiada hak untuk menghakimi..tiada kuasa untuk menghukum..Allahu..tapi entah kenapa mengalir air mata..hati bagai terjentik..jentikkan luar biasa yang bisanya hingga kehulu hati..susah untuk dijelaskan..bila semua ini akan berakhir..bagaimana untuk kita menjelaskan kepada anak ini bila dia meningkat dewasa kelak..siapa pun wanita yang melahirkannya..siapa pun bapanya..dia anak anugerah ILAHI..dia tidak langsung bersalah..jangan persoalkan tentang itu padanya..moga kamu terus tabah meniti hari-hari mendatang sayang..Allah sudah menyusun yang terbaik untuk kamu..sedari hari pertama kamu sudah mula berjuang untuk hidup..teruskan perjuangan itu sayang..

image

KAJANG - Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di atas tembok longkang di hadapan sebuah rumah di Jalan 7/5G, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi petang semalam
Bayi malang itu ditemui pada pukul 5.05 petang oleh seorang remaja ketika dalam perjalanan pulang dari sebuah surau berdekatan rumahnya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard berkata, ketika lalu di jalan tersebut, remaja berkenaan terdengar bunyi seakan suara anak kucing sebelum berhenti untuk memeriksa.
"Ketika ditemui bayi itu dibalut menggunakan pakaian orang dewasa berwarna hitam.
"Bayi tersebut kemudian di bawa ke Hospital Kajang untuk rawatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian agar tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

12 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. comelnya baby... Allah ada bersamaNya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin...amin...amin...bukan anak ni saja malah anak2 lain yang senasib...PC risaukan masa depan mereka kak...kesian sangat.

      Padam
  2. kalau x nak bela bayi lelaki tu bagi kat abam la sbb nak buat anak angkat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...PC pun setuju cikgu abam kie...kalau dah memang taknak...taknak tanggung susah...tak sanggup tanggung malu....minta orang jaga ...cakap elok elok...

      Padam
  3. Balasan
    1. Sangat kesian....sedih memikirkan kehidupannya..

      Padam
  4. smpai hati buat cam 2 kt baby yg xtau aper2... hurmm...

    BalasPadam
  5. comelnya baby... zalim ibu yang membuangnya....sayu hati tengok biar ekin belum ada anak lagi...

    BalasPadam
  6. sedihnya..sy ni punya susah usaha nak dpt anak blum ada rzeki lg.huhu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama